in

Polis Buru Sekumpulan Lelaki ‘Berebut’ Mainan Hot Wheels Di Pavilion Bukit Jalil

Page 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setiap orang pasti mempunyai minat yang berbeza-beza. Ada yang suka kumpul setem, ada juga yang kumpul duit lama. Malah ramai juga yang gemar mengumpul mainan sebagai koleksi peribadi. Minat masing-masing, kan?


Baru-baru ini, tular di media sosial berkenaan sekumpulan lelaki berkerumun di sebuah gedung mainan untuk mendapatkan mainan kereta berjenama ‘Hot Wheels’.

Kejadian ini dikatakan berlaku di pusat beli belah Pavilion Bukit Jalil yang baru dibuka minggu lepas.

2 1 1

Kejadian itu dikatakan berlaku akibat tawaran potongan harga sebanyak 60 peratus untuk barangan terpilih di kedai mainan tersebut.

Perkara ini bercanggah dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara, di mana orang ramai tidak boleh bersesak di satu tempat tanpa sebarang penjarakan sosial.

3 4

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzham Jaafar dalam satu kenyataan media mengesahkan siasatan awal mendapati gambar kejadian itu berlaku pada 3 Disember di Pavilion Bukit Jalil.

Polis sedang meneruskan siasatan untuk mengenal pasti individu yang terlibat dalam pelanggaran SOP di premis tersebut.”

Tambah beliau lagi, kes tersebut kini disiasat di bawah Seksyen 22(b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (No.2) 2021.

Beliau turut berterima kasih kepada pihak yang menyalurkan maklumat kepada PDRM berkenaan isu ini dan menegaskan bahawa mereka tidak akan berkompromi sekiranya berlaku pelanggaran SOP melibatkan mana-mana individu di tempat awam.

Sekiranya mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian ini, orang ramai boleh menghubungi IPD Cheras di talian 013-2165881, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2146 0584 / 585 atau mana-mana Balai Polis yang berdekatan”

Minat tu tak salah, tapi dalam situasi sekarang ni kita perlulah menjaga SOP demi menyekat penularan Covid-19, okay?

Kredit: Malaysia Gazzete

Baca: Warganet Bingung Lihat Orang Dewasa Berebut Hot Wheels Di Toys “R” Us, Mana SOP?

1 4

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.