Sempena pelancaran MRT laluan Putrajaya, tambang percuma akan diberikan kepada penumpang sehingga 31 Mac.
Menurut FMT, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tambang percuma ini diberikan bersempena dengan pelancaran MRT Putrajaya yang akan dibuka sepenuhnya pada jam 3 petang hari ini.
Bukan itu sahaja, tambang bas untuk ke laluan terbaru MRT ini juga percuma.
Untuk pengetahuan korang, laluan Putrajaya ini merupakan laluan kedua MRT di negara ini. Ia telah dibina melalui dua fasa dan akan memberikan perkhidmatan kepada penduduk Kwasa Damansara sehingga Putrajaya.
MRT laluan Putrajaya ini mempunyai sebanyak 36 stesen di mana sembilan daripadanya adalah laluan bawah tanah serta dijangka akan membawa seramai 104,000 penumpang sehari.
Masa perjalanan dari Kwasa Damansara ke Putrajaya Sentral akan mengambil masa kira-kira 84 minit dan operasinya akan bermula seawal 6 pagi dan berakhir pada tengah malam.
Frekuensi antara kereta api ketika waktu puncak adalah dari empat ke enam minit dan tujuh ke 10 minit untuk luar waktu puncak.
Manakala, PMX mengatakan pengangkutan awam selepas ini akan diberikan keutamaan pada belanjawan seterusnya dengan mengatakan Belanjawan 2023 ditumpukan kepada pendidikan dan kesihatan.
Tahun depan, belanjawan akan tumpu pada pengangkutan kerana ramai yang hilang produktiviti ekoran kesesakan jalan raya.”
Wow, harapnya lepas ni lagi ramailah gunakan public transport. Takdelah sesak sangat jalankan?
Baca: “Padu teruk YB Anthony Loke ni” – Selepas KLCC, Eskalator Di Beberapa Stesen MRT Dibaik Pulih