in

PMX Hadiahkan Telefon Baharu Kepada 9 Aktivis Misi FFC x TMTG Lepas Telefon Dicampak Tentera Israel

FFC

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menunaikan janjinya kepada sembilan aktivis Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan Freedom Flotilla Coalition x Thousand Madleens to Gaza (FFC x TMTG) dengan menghadiahkan mereka telefon bimbit baharu selepas peranti asal mereka dicampak ke laut oleh tentera Israel.

Telefon berkenaan disampaikan oleh Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Azman Abidin, ketika menyambut kepulangan kesemua aktivis di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, hari ini.


“Seperti yang Perdana Menteri janjikan sebelum ini, mereka akan diberikan telefon baharu menggantikan yang dibuang ke laut. Hari ini beliau tunaikan janji itu,” kata Azman.

Kesemua aktivis tiba di KLIA sekitar jam 4.01 petang menaiki pesawat Turkish Airlines TK60 dari Istanbul, Turkiye.

Artikel berkaitan: “Saya bersyahadah banyak kali…” – Dr. Fauziah Kongsi Detik Cemas Ketika Helikopter Israel Serang Kapal 

Artikel berkaitan: “Tak semua sanggup gadai nyawa” – PMX Tersinggung Ada Pihak Pertikai Usaha Bantu Gaza

560895350 1279114610914616 7136658579080669451 n
Syafik Shukri Abdul Jalil, wartawan Astro Awani yang juga salah seorang sukarelawan misi Freedom Flotilla Coalition (FFC x TMTG), tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) petang tadi.

Sambutan di balai ketibaan turut dihadiri isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail; Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek; dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan.

Misi kemanusiaan FFC x TMTG disertai kira-kira 150 aktivis dari 25 negara yang menaiki sembilan kapal termasuk Conscience dan Umm Saad.

Namun, kapal-kapal itu dipintas tentera Zionis kira-kira 120 batu nautika dari Gaza sebelum ditunda ke Pelabuhan Ashdod dan aktivis dipindahkan ke penjara Ketziot, Israel.

Antara rakyat Malaysia yang menyertai ialah Ketua Delegasi Prof Emeritus Dr. Mohd Alauddin Mohd Ali, Dr. Fauziah Mohd Hassan, Dr. Hafiz Sulaiman, Dr. Ili Syakira Mohd Suhaimi, Prof Dr. Mohd Afandi Salleh, Dr. Noorhasyimah Ismail, Norsham Abu Bakar dan wartawan Astro Awani, Syafik Shukri Abdul Jalil. Seorang lagi, Dr. Maziah Muhammad, berada di atas kapal Umm Saad.

Sumber: Sinar Harian

Sumber: BERNAMA

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.