in

PM, TPM Akan Isytihar Harta!

Pmtpm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau sebelum ni ada beberapa orang menteri dah isytihar harta dan aset masing-masing, hari ni Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad memberitahu bahawa semua anggota parlimen atau dewan undangan negeri Pakatan Harapan wajib isytiharkan harta masing-masing kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).


Menurut Malaysiakini, Tun M menegaskan bahawa seorang Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri serta anggota kabinet dianggap sebahagian daripada jentera pentadbiran yang tertakluk di bawah undang-undang. 

M
sumber: malaysiakini

“Jawatankuasa sudah buat syor supaya beberapa undang-undang dipinda bagi memastikan ahli politik termasuk perdana menteri dan timbalan perdana menteri dianggap sebagai anggota pentadbiran.”

“Ada keputusan sebelum ini yang dibuat bahawa perdana menteri bukan sebahagian dari pihak pengurusan, jadi kita putuskan perdana menteri adalah sebahagian daripada pengurusan.”

Kalau sebelum ni mahkamah memutuskan yang Perdana Menteri bukan seorang penjawat awam, Tun M memaklumkan bahawa mereka memutuskan bahawa PM dan TPM tidak akan terkecuali.

“Tetapi kami memutuskan bahawa perdana menteri dan timbalan perdana menteri adalah anggota pentadbiran bersama jemaah menteri yang mewakili parti pemerintah.”

“Mereka tidak akan dikecualikan. Semuanya mesti mengisytiharkan harta serta pendapatan masing-masing.”

Www.malaynow.comi .Malaysiakini.com5236A5E B549874E7Eafa731C1B8Dec16Eeafc9Daeec187F
sumber: malaynow

Ini bermakna PM dan TPM pun perlu isytiharkan harta dan aset masing-masing tak lama lagi. Tun M juga ada menyebut tentang tindakan boleh diambil jika PM, TPM ataupun mana-mana ahli parlimen melakukan sebarang kesalahan atau salah laku.

Wah, tak sabar nak tunggu PM dan TPM isytihar harta! Pemerintahan yang telus macam ni lah kita nak!

Baca: 3 Menteri Kabinet Ni Dah Isytihar Aset Mereka, Mat Sabu Paling Sempoi

Asncas

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.