in

PM Sifatkan Rundingan Gencatan Senjata Hamas-Israel Sebagai ‘Harapan Selepas Penderitaan’

FT IMAGE LM 18

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Perdana Menteri, Dato Seri Anwar Ibrahim hari ini telah berkongsi pandangannya mengenai rundingan gencatan senjata Hamas-Israel sebagai ‘harapan selepas penderitaan’.

Kenyataan yang dibuat menerusi media sosial rasminya itu dibuat susulan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang mengumumkan Israel dan Hamas telah bersetuju secara rasmi terhadap fasa pertama pelan damai bagi menamatkan konflik dua tahun di Gaza.


558194709 1389597695855127 6898960029248773080 n

Berita itu turut dizahirkan Anwar sebagai salah satu usaha yang perlu dilakukan dengan segera bagi melindungi nyawa orang yang tidak bersalah khasnya rakyat di Palestin.

”Saya mengalu-alukan laporan mengenai kemajuan dalam rundingan bagi mencapai gencatan senjata di Gaza. Perkembangan ini memberikan sedikit harapan selepas berbulan-bulan penderitaan dan kemusnahan yang tidak tertanggung. Setiap usaha untuk menamatkan keganasan dan melindungi nyawa orang yang tidak bersalah mesti dilakukan dengan penuh keikhlasan dan segera”

Rundingan ini juga menurutnya bukan tandanya menyerah, tetapi adalah tanda kebijaksanaan dan kematangan dalam merungkai konflik dalam mencari jalan perdamaian.

558267293 1389681932513370 226098147097388466 n 1

Artikel berkaitan : Gelombang Ketiga Flotila Kini Dalam Perjalanan Ke Gaza, Apa Beza Dengan Dua Misi Sebelumnya?

Artikel berkaitan : Biar mereka faham sejak kecil – Heliza Mahu Kisah Pal*stin Dimasukkan Dalam Silibus Sekolah

Anwar juga menegaskan Malaysia akan terus memberikan sokongan penuh terhadap keadilan serta keamanan rakyat Palestin yang ditindas tanpa bermaruah.

”Malaysia berdiri teguh bersolidariti bersama rakyat Palestin dalam perjuangan mereka untuk keadilan, maruah dan pembentukan sebuah negara yang berdaulat. Saya menggesa semua pihak yang berkaitan agar merebut peluang ini untuk bergerak ke arah keamanan yang menyeluruh dan berkekalan.”

Sementara itu, dalam perkembangan yang sama, beliau yang turut hadir dalam Himpunan Solidariti Bersama Gaza di Axiata Arena Bukit Jalil dalam ucapannya turut menggesa semua pihak untuk tidak menyerah kalah sebaliknya terus berikhtiar tanpa noktah.

558962971 1389597809188449 1595987724136017380 n
 

Menurutnya, meskipun berdepan dengan pelbagai cabaran yang getir, Malaysia akan terus berusaha termasuk berbincang bersama dengan negara sahabat seperti Mesir untuk membuka laluan bantuan kemanusiaan.

”Kita faham cabaran yang besar, namun iltizam kita lebih daripada itu. Setiap usaha rundingan dan koordinasi ini adalah demi memastikan rakyat Gaza mendapat hak mereka untuk hidup, menerima bantuan, dan bebas daripada kezaliman.”

Himpunan yang membawa tema ”Gelombang Malaysia, Palestin Merdeka” pada malam tadi turut dihadiri oleh sukarelawan Global Sumud Flotilla (GSF) sekaligus memberi ruang kepada barisan kepimpinan kerajaan MADANI hadir bersolidariti, sambil disaksikan penonton di stadium dan di rumah.

Sumber : Facebook

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.