Gara-gara mengadakan sesi IG live dengan kanak-kanak di bawah umur dan melakukan perkara tidak senonoh di sesi tersebut, Safiey Illias yang kini sedang dikesan polis telah meletakkan akaun Instagramnya dalam mod privasi.
Menurut IG story terbaru usahawan kosmetik itu, dia juga meminta pengguna Instagram yang di bawah umur 21 tahun untuk ‘unfollow’ akaun Instagramnya untuk mengelak perkara tak diingini berlaku.
Please unfollow if ur 21 below oke?” tulisnya.
Selain itu, Safiey juga pada masa yang sama telah meminta maaf kepada dua sahabatnya yang pernah tampil dalam sesi live sebelum ini hingga mencetuskan kontroversi.
“Bersabarlah. Ratu menangis kerana mereka menangis. Yang tak ada kaitan jangan buat onar bukan-bukan,” tulisnya.
Terdahulu, pihak polis katanya sedang mengesan pemilik akaun Instagram ‘safieyillias94’ dan ‘pipinatasha’ bagi membantu siasatan berhubung IG live yang didakwa kedua-dua individu tersebut telah bercakap lucah dan melakukan amang seksual kepada dua kanak-kanak di bawah umur.
Sehingga setakat ini, tiada perkembangan lanjut berkenaan kes tersebut yang dilaporkan oleh pihak berkuasa.
Sebaiknya kita unfollow ramai-ramai supaya Safiey tidak lagi mengeluarkan content yang tidak elok buat remaja di luar sana.