in

Platform Penstriman Netflix Umum Ambil Alih Syarikat Warner Bros

netflix warner bros

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Platform penstriman popular, Netflix mengumumkan syarikat mereka akan mengambil alih syarikat media gergasi di Amerika Syarikat iaitu Warner Bros tidak lama lagi.

Menurut kenyataan yang dikongsikan menerusi laman web Netflix, perjanjian untuk mengambil alih Warner Bros adalah termasuk studio televisyen dan filemnya iaitu HBO Max dan HBO.


Difahamkan, gabungan kedua-dua platform media gergasi dunia ini dijangka akan menjadikan lebih ramai peminat filem dan siri terhibur dengan pelbagai pilihan rancangan hiburan.

Ini kerana Warner Bros mempunyai banyak filem dan rancangan menarik seperti Game of Thrones, The Wizard of Oz, DC Universe dan sebagainya

Artikel berkaitan: Kualiti ‘Squid Game 2’ Dipertikai, Kantoi Ada Kelibat Jurukamera Dalam Babak

Artikel Berkaitan: Ramai Kaitkan Siri ‘Squid Game’ Dengan Tragedi Brothers’ Home Di Busan, Tapi Betul Ke?

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Netflix iaitu Ted Sarandos, misi mereka adalah untuk menghiburkan dunia.

Dengan menggabungkan kedua-dua syarikat yang mempunyai pelbagai rancangan menarik seperti Haary Potter dari Warner Bros dan KPop Demon Hunters, Stranger Things dan Squid Game dari Netflix, mereka boleh memberikan lebih banyak hiburan yang bermutu kepada pelanggan.

Mesti lepas ni akan ada lebih banyak filem menarik di Netflix kan. 

Sumber: Netflix

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.