in

PKPD Selangor & KL: Ini Senarai Perkara Yang Boleh & Tak Boleh Dilakukan Bermula Esok

Pkpd Kl Selangor

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Berkuat kuasa 3 hingga 16 Julai ini, sebanyak 34 mukim di Selangor dan 14 lokaliti di Kuala Lumpur akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), seperti yang diumumkan Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam.



PKPD yang diadakan kali ini agak berskala besar dan tak ramai juga yang mengetahui prosedur operasi standard (SOP) yang berkaitan dengannya.

Menurut Astro AWANI, berikut antara SOP yang disebut dalam sidang media semalam berkaitan perkara yang DIBENARKAN dan TIDAK DIBENARKAN sepanjang PKPD diadakan:

  • Pergerakan merentas daerah dan negeri bagi tujuan vaksinasi COVID-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di luar daerah atau negeri tempat tinggal DIBENARKAN dengan menunjukkan butiran janji temu di aplikasi MySejahtera, laman sesawang atau SMS.

  • Lapangan terbang dan pelabuhan dibenarkan beroperasi seperti biasa. Aktiviti dan perkhidmatan pengangkutan awam (kereta api, komuter, bas, lapangan terbang, teksi, feri, e-hailing) dibenarkan beroperasi seperti biasa dengan kapasiti 50%.
  • Bilangan penumpang dalam teksi dan e-hailing dihadkan dua orang sahaja termasuk pemandu.
  • Tiada sebarang pergerakan tidak perlu di luar kawasan kediaman selepas jam 8 malam kecuali bagi kes-kes kecemasan atau mendapat kebenaran PDRM.

Roadblock Pkp

  • Hanya sektor perkhidmatan perlu (essential services) sahaja DIBENARKAN untuk beroperasi dari 8 pagi hingga 8 malam seperti utiliti, pembersihan dan kumbahan.
  • Selain itu, hanya kilang bahan makanan dan keperluan asas harian seperti beras, roti putih (loaf), gula, minyak masak, tepung gandum, susu segar, susu tepung bayi, ubat-ubatan, dan topeng muka dibenarkan beroperasi.
  • Kebenaran untuk bekerja hanya bagi perkhidmatan perlu (essential services) atau menjalankan tugas rasmi kerajaan dengan surat pengesahan daripada majikan atau pas pekerja yang sah.
  • Pekerja selain daripada perkhidmatan perlu TIDAK DIBENARKAN keluar dari kawasan PKPD dan tidak boleh bekerja sepanjang tempoh PKPD. Majikan dikehendaki mematuhi perintah ini dan membenarkan pekerja-pekerja bekerja dari rumah.
  • Pekerja daripada perkhidmatan perlu dan kilang-kilang serta premis-premis perniagaan yang dibenarkan sahaja boleh menggunakan surat MITI yang telah dikeluarkan sebelum ini.
  • Restoran, kedai/gerai makan, kenderaan bersaji (food truck), penjaja tepi jalan, penjaja beredar, medan selera/pusat penjaja, gerai makan tepi jalan / kiosk DIBENARKAN beroperasi antara 8 pagi hingga 8 malam.

Makluman Mei Pkpsop

  • Pembelian makanan secara bawa pulang (take away), pandu lalu (drive-thru) atau penghantaran (delivery) sahaja DIBENARKAN.
  • Kedai runcit, kedai serbaneka, kedai barangan keperluan harian DIBENARKAN beroperasi antara 8 pagi hingga 8 malam.
  • Hospital, klinik dan makmal perubatan DIBENARKAN beroperasi 24 jam atau mengikut lesen kebenaran.
  • Kedai farmasi, kedai penjualan ubat-ubatan, klinik haiwan, kedai makanan haiwan, DIBENARKAN beroperasi antara 8 pagi hingga 8 malam.
  • Stesen minyak DIBENARKAN beroperasi antara 6 pagi hingga 8 malam, kecuali stesen minyak di lebuh raya bertol beroperasi sehingga 24 jam.
  • Pasar borong DIBENARKAN beroperasi bermula 12 tengah malam hingga 6 pagi.
  • Pasar awam, pasar tani kekal (PTK) & MyFarm Outlet (MFO) DIBENARKAN beroperasi bermula 6 pagi hingga 2 petang.
  • Sebarang aktiviti sukan, sosial, rekreasi dan budaya adalah TIDAK DIBENARKAN.

Untuk maklumat terperinci berkaitan SOP, korang boleh saja rujuk di laman web Majlis Keselamatan Negara (MKN) di sini.

Semoga penyebaran wabak COVID 19 dapat segera dibendung dengan PKPD yang diadakan ini. 

Baca: “Kenapa polis & tentera kasi saya lepas?” – Penjawat Dilarang Ambil Vaksin Sebab Datang Dari Kawasan PKPD?

Reject

Sumber: Blog
Sumber: Al Hijrah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.