in

“Kenapa polis & tentera kasi saya lepas?” – Penjawat Dilarang Ambil Vaksin Sebab Datang Dari Kawasan PKPD?

Vaksin5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang penjawat awam menzahirkan rasa kesal kerana tidak boleh mendapatkan dos kedua vaksin Sinovac semalam.


Kata pemuda 26 tahun yang mahukan dirinya dikenali sebagai Ean Asnan ini, dirinya sudah membuat persiapan rapi dan segala proses berjalan dengan lancar tetapi, lepas beratur panjang tunggu giliran tiba-tiba permintaannya ditolak sebab…

 

Datang dari kawasan PKPD?

Menerusi perkongsiannya di akaun TikTok, Ean menjelaskan bahawa segala perjalanan lancar ketika mahu melepasi kawasan kawalan ketat yang dijaga oleh pihak polis dan anggota tentera juga tiada masalah.

Tetapi selepas memberikan kad pengenalan, check in, dan beratur untuk tunggu giliran, pegawai perubatan/petugas melarang Ean untuk mengambil vaksin kerana kerana datang dari kawasan yang dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Terkejut dengan info ini, Ean bingung kerana menurutnya tiada apa-apa info terbuka yang dimaklumkan sebelum ini.

“Kenapa tiada info pasal hal ini, kenapa polis dan tentera biarkan kami keluar? Saya tak marah, cuma ada rasa frust sedikit”

@mr.emir.tmfs

My vaccine experience #cucukMYAZ #cucukMYSin

♬ original sound – Ean Asnan – Ean Asnan

 

Kawan dari kawasan PKPD yang sama lepas

Ketika dihubungi Team Lobak Merah, pemuda yang berasal dari Sandakan, Sabah ini menceritakan bahawa ada beberapa rakannya yang tinggal di kawasan PKPD yang sama boleh terima suntikan Sinovac itu.

“Hari yang sama, 1 jam lebih awal daripada saya, ada 6 orang rakan sekerja saya tinggal di kawasan PKPD ini. 2 orang dapat dos kedua, dan 4 lagi termasuk saya tak dapat.”

Ean yang sebelum ini pernah menerima suntikan dos pertama pada 27 Mei lepas juga menjelaskan bahawa pegawai yang jaga daftar keluar masuk kawasan PKPD tak ada bagi halangan untuk dirinya keputusan vaksinasi.

Disebabkan penolakan suntikan vaksin tersebut, Ean menjelaskan bahawa tiada tarikh terap untuk janji temu seterusnya kerana pihak hospital tersebut akan segera menghubunginya selepas tamat PKPD di kawasannya nanti.

Menjengah ke ruangan komen, Ean menegaskan bahawa PPV tersebut tidak akan menerima sesiapa yang datang daripada PKPD walaupun keputusan negatif.

Namun begitu, atas kejadian yang berlaku kepada dirinya semalam, Ean menasihati orang ramai supaya semak dahulu tempat PPV tersebut samada boleh terima atau tidak kepada individu yang datang dari kawasan PKPD.

Selain itu, Ean juga berharap agar ada komunikasi jelas dari pihak yang mengawal keluar masuk penduduk kawasan PKPD dan mana-mana pihak yang menjaga Sekatan Jalan Raya (SJR) tentang perkara ini.

“SMS yang diberikan tentang temujanji memberi maklumat spesifik berkaitan PKPD dan supaya ada penerangan jelas” katanya.

 

Baca : “Untung nurse situ”- [VIDEO] Amy Search Relax Ambil Vaksin, Siap Boleh Nyanyi Lagi

Cats 65

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.