Semua masjid dan surau di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya yang kini sedang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dibenarkan untuk mengadakan solat Jumaat berjemaah dengan beberapa syarat.
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dalam kenyataan medianya semalam, syarat-syarat itu pun telah diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Berikut syarat yang ditetapkan:
- Solat Jumaat: Tidak melebihi 50 orang jemaah tertakluk kepada keluasan dewan solat Masjid dan Surau dengan penjarakan 1 meter antara jemaah.
- Solat Fardhu: Tidak melebihi 20 orang jemaah tertakluk kepada keluasan dewan solat Masjid dan Surau dengan penjarakan 1 meter antara jemaah.
https://www.facebook.com/654227084641097/posts/3780273022036472/?extid=0&d=n
Selain itu, jemaah yang hadir juga perlu ditentukan menerusi jemputan yang diputuskan oleh jawatankuasa masjid dan surau masing-masing mengikut kariah kawasan masjid tersebut.
Perkara ini juga telah dibincangkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam mesyuarat yang telah diadakan pada 14 Oktober lepas sebelum mendapat perkenan dan keizinan Yang di-Pertuan Agong pada hari Khamis.
Yang dapat jemputan tu, marilah mengimarahkan masjid dan surau kita sebaiknya.
Baca: Datuk Dr Zulkifli Disahkan Bebas COVID 19, Disarankan Berehat & Tidak Bertemu Sesiapa