Nampaknya nama Neelofa sekali lagi terpalit dengan kontroversi ketika dia bersama suaminya Haris Ismail selesai memberikan keterangan polis di IPD Seremban hari ini.
Isu wujud apabila ramai netizen pertikaikan bahawa selebriti dan usahawan ini dikatakan langgar SOP kerana menaiki kereta seramai 4 orang.
Untuk pengetahuan, salah satu SOP PKP ini adalah hanya dibenarkan 3 individu dalam satu kereta, jika diperhatikan di video di bawah ini, dilihat ada 4 individu iaitu, Neelofa, PU Riz, peguamnya serta pemandu.
PKP 1 kereta boleh 3 orang, ni slamber je naik 4 org. Mohon siasat semula – Netizen
Selebriti @Neelofa ditemani suami Muhammad Haris, serta peguam selesai beri keterangan berhubung dakwaan langgar SOP tidak memakai pelitup muka di IPD Seremban pic.twitter.com/EUkm3H34Fn
— BERNAMA (@bernamadotcom) May 24, 2021
Disebabkan itu, sebentar tadi Neelofa ada tampil beri keterangan untuk menepis dakwaan langgar SOP seperti yang digembar gemburkan di media sosial.
Pihak polis boleh meneliti semua rakaman CCTV – Neelofa
Kata bekas pengacara program MeleTOP itu, dia akui bahawa ada naik kereta 4 orang, tetapi hanya sekadar untuk hantar peguamnya ke kenderaannya.
Neelofa menyangkal dakwaan peguam itu turut menaiki keretanya untuk pulang ke rumah, tujuannya hanya ingin tumpangkan peguam tersebut ke mahkamah yang anggaran jaraknya kira-kira 50 meter sahaja.
Tambah Neelofa lagi, dia hadir ke IPD Seremban tadi hanya bertiga, tidak termasuk peguamnnya itu.
“Kami telah hubungi pihak IPD Seremban dan mereka sedia maklum tentang perkara ini. Saya, Haris dan pemandu pulang ke KL dengan kenderaan kami manakala peguam saya pulang ke kediamannya dengan memandu kenderaannya.”
Dalam pada itu, Neelofa juga meminta agar pihak polis semak CCTV untuk lihat mereka menghantar peguam ke perkarangan mahkamah.