in

“Petanda lebaran sudah dekat” – Trend Papar Ibu Bapa Berkemas Di TikTok Sempena Raya Buat Netizen Geli Hati

ibu bapa berkemas tiktok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lagi seminggu sahaja lagi, kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri dan para ibu mahupun bapa sudah pastinya membuat persiapan terakhir iaitu dengan mengemas halaman rumah, menukar langsir atau sarung bantal kerusi yang baru.

Namun gelagat ibu bapa berkemas bersempena lebaran di Indonesia ini telah dirakam oleh anak-anak mereka dan dimuat naik di TikTok sehingga menjadi viral sampai ke Malaysia.


Artikel berkaitan: Ini Senarai Lokasi ATM Terpilih Untuk Korang Tukar Duit Raya Tahun Ini

Artikel berkaitan: Netizen Puji Tindakan Pemuda India Belikan Kanak-kanak Ini Baju Raya

Petanda lebaran sudah dekat

Video-video yang tular di TikTok ini memaparkan para ibu bapa gigih berkemas sempena raya yang bakal tiba tidak lama lagi.

Namun yang membuatkan netizen geli hati adalah apabila mereka berkemas di kawasan yang sama sekali tidak mungkin akan dikunjungi para tetamu.

Dalam salah satu video, dipaparkan seorang makcik sedang menyapu di atas bumbung rumah dan anaknya berjenaka mengatakan mungkin para tetamu akan naik ke atas atap rumah tersebut ketika hadir menziarah nanti.

@widewi119

♬ suara asli – 📍 – 📍

Tak cukup dengan itu, ada juga video memperlihatkan seorang bapa sedang memperbaiki reban ayam, seorang ibu membersihkan kolong dapur dan ada yang sampai memanjat ke belakang rumah untuk memotong pokok. Aduh bahaya tu! 

@onlyzulx

curiga tamunya ayam kfc😭🙏

♬ suara asli – 📍 – 📍

@rfikhaaa

Gaada abis”nya😭 #bersihbersihrumah #ramadhan #lebaran #lebaran2025 #fyp

♬ suara asli – 📍 – 📍

Petanda lebaran sudah dekat, ibuku bersihkan kolong dapur kerana para tetamu nanti mahu dimasukkan ke dalam kolong.” 

“Kalau rajin macam ni, mesti rumah berkilat” 

Video yang FYP di TikTok ini telah mendapat perhatian netizen yang bukan sahaja geli hati malah memuji sikap para ibu dan bapa yang rajin membersihkan rumah untuk keselesaan tetamu.

Malah ada yang mengatakan sudah menjadi resmi orang tua-tua dahulu untuk membersihkan rumah menjelang raya dan ia juga seakan-akan audit yang perlu dilakukan sekali pada setiap tahun.

kemas

Mak ayah korang dah start membersih tak? Jangan malas-malas ye nak bantu. Nanti korang pasti rindukan detik-detik ni. 

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.