in

“Kejamnya!” – Didakwa Angkara Khianat, Polis Siasat Kematian Lebih 15 Ekor Kucing di Terengganu

Untitled Design 2022 03 07T121451.870

Kucing merupakan antara haiwan peliharaan yang sangat comel dan disukai ramai. Buat pencinta kucing, kita mesti tidak akan merasa terbeban untuk membantu haiwan peliharaan tersebut dalam apa jua cara.

Walaupun terdapat banyak kucing jalanan di luar sana, masih ramai yang memberikan makanan dan juga tempat tinggal sementara untuk kucing-kucing tersebut.

Jika kita terdengar cerita mengenai mereka yang mengasari kucing atau haiwan peliharaan yang lain pasti kita akan rasa tidak senang hati kan? Apatah lagi apabila terdapat cerita mengenai manusia membunuh haiwan-haiwan comel tersebut. Tergamak eh?

Baru-baru ini, tular di dalam media sosial beberapa ekor kucing didapati mati bergelimpangan di Pantai Bukit Keluang, Besut, Terengganu, menerusi laporan Harian Metro seorang pengunjung pantai itu terkejut apabila menemui bangkai 20 kucing bergelimpangan dan disyaki diracun.

Sssssssssssss

Dalam laporan yang sama, difahamkan seorang rakannya yang sering memberi makan kucing itu sejak sekian lama memberitahu sebelum ini semua haiwan-haiwan berkenaan dalam keadaan sihat.

“Tujuh daripada jumlah keseluruhan kucing itu masih kecil. Bangkai dijumpai bersama beberapa ekor kucing peliharaan kerana mempunyai tali leher,” katanya.

Ketua Polis Daerah Besut Supt Abdul Rozak Mohammad berkata pihak polis menerima laporan berkenaan semalam dan kes disiasat di bawah Seksyen 428 Kanun Keseksaan (Khianat ke atas Binatang) yang boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 3 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Perkara itu sudah pastinya menimbulkan kemarahan netizen dan rata-rata mengharapkan balasan setimpal dikenakan kepada pelaku tersebut.

Clipboard0 Vert

Sampainya hati!

 

Baca: Selepas Setahun Beli Kucing, Founder Terkejut Kena Bayar Lebih Kepada ‘Breeder’ Sebab Kucing Beranak?

Cats 4