“Pesanan untuk ibu bapa, kalau anak anda masuk wad, sila pastikan mereka solat”

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Soal solat atau tidak dikalangan pesakit sering dipertikaikan, tidak kira sama ada dikalangan pesakit itu sendiri mahu pun orang lain. Mereka mengambil perkara ini seperti acuh tak acuh kerana mereka sering menggunakan alasan sakit untuk backup diri mereka.

Baru-baru ini terdapat satu perkongsian daripada seorang doktor di laman Facebooknya, Fahd Razy. Menerusi perkongsiannya itu, dia meluahkan rasa kesal terhadap pesakit-pesakitnya kerana terlalu liat untuk solat, dan sering memberinya seribu alasan.

Menurut Fahd, kebanyakan pesakitnya akan menanyakan soal makanan dahulu sebaik sahaja bangun daripada tidur.



“Doktor, sarapan ada lagi?”

“Eh, tadi tak sarapan ke?”

“Saya tidur, mengantuk sangat. Ni baru bangun”

Gambar hiasan

Bila ditanya sudah solat atau pun belum, jawapan cliche yang sering diterimaya adalah,

“Ala doktor, susah lah nak solat. Leceh. Kotor baju ni. Nak wudhu pun susah”

“Tak apa lah doktor. Orang lain pun semua tak solat”

“Mereka cakap sakit tak payah solat”

Baginya, situasi seperti ini sangat merisaukan. Pesakit tidak memandang soal ini seperti sesuatu yang serius.

“Sakit sepatutnya mendekatkan kita dengan Tuhan. Melalui sakit, Tuhan menggugurkan dosa-dosa hambaNya. Sakit menyebabkan manusia lebih mengingati mati, lebih menginsafi keterbatasan dan kelemahan diri”

Tambahnya lagi, perkara seperti ini sering terjadi kepada pesakit muda. Ramai pesakit muda yang mengalami luka-luka di sebahagian anggota badan mereka dan ada juga yang kaki tergantung atau bersimen, sering menjadi alasan-alasan itu untuk tidak solat.

Gambar hiasan

Dalam perkongsiannya juga, dia meminta pelawat-pelawat agar tidak membawa buah tangan berupa makanan kepada pesakit. Dia lebih meminta pelawat untuk membawa botol penyembur air dan buku panduan solat ketika sakit buat pesakit agar dapat memudahkan pesakit untuk solat.

Dia juga meminta ibu bapa agar sentiasa memantau anak-anak mereka sekiranya ditahan wad.



“Ajarkan mereka solat orang sakit. Boleh tanya doktor atau nurse. Pesan setiap kali anda melawat mereka. Bantu mereka berwudhu. Sakit bukan alasan tak solat, bahkan sakit sepatutnay lebih menambahkan rasa takwa kita”

Akhirnya, ada juga doktor yang menyuarakan soal ini.. Harap pesakit-pesakit pandang serius perkara ini ya!

Baca: “Pesakit di hospital sukar tidur kerana Mat Rempit” – Sultan Johor

 

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:


Written by Zarith Sofea

Seorang gadis yang minat membaca dan melayari internet untuk lebih cakna tentang gosip dan berita terkini. Peka dengan keadaan semasa tetapi tidak mudah terpengaruh dengan budaya fitnah yang tidak sihat.