in

Persis Jack Sparrow, Aksi Pak Cik Ini Teropong Untuk Periksa Jalan Sesak Buat Ramai Terhibur

Cats 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Umum mengetahui, kesesakan lalu lintas pada perayaan Hari Raya Aidilfitri kali ini boleh dikatakan agak luar biasa. Mana tidaknya, ada yang berada di atas jalan raya lebih dari 12 jam hanya untuk pulang ke kampung halaman.


Terbaharu, seorang pengguna media sosial ada berkongsikan momen lucu ketika dia sedang berhadapan dengan kesesakan lalu lintas.

1 4

Siap panjat kereta

Ketika sedang berhadapan dengan jalan yang sesak, seorang pengguna jalan raya ada merakamkan gelagat seorang pak cik yang menggunakan teropong untuk melihat jalan di hadapan.

Mungkin mahu periksa punca kesesakan lalu lintas, pak cik tersebut memanjat kereta Perodua Viva miliknya, dan berdiri di atas enjin kereta sambil menggunakan teropong dengan tenang.

@malaysianupdatenews

Captain Jack Sparrow ? #RancakRaya #GayaRaya #EntertainmentRaya #malaysianupdate

♬ Pirates Of The Caribbean – Main Theme – He’s A Pirate – Geek Music

Dah macam Jack Sparrow!

Hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata terhibur dengan gelagat pak cik ini yang sanggup memanjat kereta dan menggunakan teropong.

Malah, ada yang menyamakan aksi pak cik ini sama seperti Captain Jack Sparrow dalam filem Pirates of the Caribbean.

“Ini bukan Jack Sparrow, tapi Jack saparuh”, tulis seorang warganet secara berseloroh.

Semoga perjalanan pak cik ni selamat.

BACA: Terkejut Anak Hanya Dapat Duit Raya RM3, Lelaki Beri ‘Nasihat’ Ini Bukan Zaman 90-an

Cats 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.