in

Persis Di Hong Kong, Iklan Bilik Sewa Ini Curi Tumpuan Warganet Kerana Terlalu Sempit

Cover 19

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pada zaman sekarang, ramai yang lebih memilih untuk menyewa daripada membeli rumah atau bilik. Ini ekoran harga rumah dijual pada harga yang agak tinggi dan paras gaji yang masih rendah di Malaysia.


Terbaharu, sebuah hantaran di Facebook Rumah Sewa Penang Terkini mendapat perhatian warganet apabila seorang individu menawarkan bilik sewa yang agak kecil untuk tiga orang penyewa.

1 8

Meskipun bilik yang ditawarkan kelihatan hanya muat untuk seorang penyewa, namun tuan rumah meletakkan katil tiga tingkat dengan tawaran harga yang agak murah.

Berdasarkan gambar yang dimuat naik, bilik sewa yang terletak di Batu Maung ini tidak dilengkapi dengan kipas siling dan tingkap. Sebagai ganti, tuan rumah meletakkan tiga kipas meja untuk setiap tingkat katil.

Harga yang ditawarkan pula adalah RM150 untuk seorang penyewa jika berkongsi bilik, manakala RM350 untuk penyewa yang tidak berkongsi bilik.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet berpendapat tawaran bilik sewa ini adalah satu penindasan kepada golongan yang berpendapatan rendah. Malah, ada yang menyamakan bilik sewa ini seperti di Hong Kong kerana terlalu sempit dan diduduki oleh ramai penyewa. 

“Dengan pengudaraan tak ada…”

A 1

“Baju letak mn ni???”

B 1

“Tkyah keje mkn sewa je”

C 1

“Kena ada hati perut sama…”

D 1

Apa pendapat anda tentang tawaran bilik sewa ini, berbaloi ke?

 

BACA: Tiada Tingkap Dan Hanya Muat Untuk Katil, Bilik Stor Ini Disewa Dengan Harga RM1,500

Cats 38

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.