in

Tiada Tingkap Dan Hanya Muat Untuk Katil, Bilik Stor Ini Disewa Dengan Harga RM1,500

Cats 16

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pada zaman sekarang, rata-rata daripada kita lebih gemar untuk menyewa daripada membeli rumah. Ini ekoran harga rumah yang dijual pada harga melampau, juga disebabkan oleh paras gaji yang terlalu rendah.


Untuk mengiklankan bilik sewa atau rumah sewa, Facebook Marketplace adalah salah satu medium yang popular memandangkan ia lebih mudah untuk digunakan. Baru-baru ini, tular sebuah iklan bilik sewa yang menarik perhatian pengguna Facebook.

2 2

1 5

Seorang pengguna Facebook ada mengiklankan bilik sewa di sebuah kondominium mewah  yang terletak di Singapura, Eight Riversuites. Bilik tersebut disewa pada harga S$500 (RM1,500), harga yang berpatutan memandangkan lokasi kondominium terletak hanya lima minit dari Stesen MRT Boon Keng.

Namun, apa yang menarik perhatian netizen adalah keadaan bilik sewa yang ditawarkan. Selepas dilihat pada gambar yang dimuat naik oleh tuan rumah, bilik tersebut sebenarnya adalah stor kecil yang hanya memuatkan sebuah katil.

4

3 2

Berdasarkan hantaran tersebut, bilik tersebut hanya disertakan dengan sebuah kipas dinding. Manakala bil air dan bil elektrik akan ditanggung oleh tuan rumah. Okay la tu kan?

Hantaran yang dimuat naik dalam kumpulan Facebook ‘Property/Rooms For Rent/Sale ❤️ Singapore’ ini mendapat komen netizen yang terkejut dengan harga yang ditawarkan. Menurut mereka, bilik sekecil itu tidak sepatutnya dikenakan bayaran sewa sehingga S$500.

Menurut sumber, hasil temu bual bersama tuan rumah mendapati harga bilik sewa tersebut adalah normal di Singapura. Malah, iklan tersebut juga telah dipadam memandangkan beberapa bakal penyewa telah menunjukkan minat.

Mungkin bilik ini sesuai untuk mereka yang jarang berada di rumah dan hanya perlukan sebuah tempat untuk berehat sementara. 

 

BACADigelar Kondominium Tercantik Di Dunia, Ini Kisah ‘The Interlace’ Di Singapura

Cats 15

 

Sumber: Mothership
Sumber: Mothership
Sumber: Mothership

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.