in

Perniagaan 5 Selebriti Kemungkinan Ada Unsur ‘Cuci Duit’ Didalangi Alvin Goh, Addy Kana – SPRM

Featured4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menurut Harian Metro, perniagaan lima selebriti yang dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkemungkinan mempunyai kaitan atau maklumat mengenai aktiviti ‘cuci duit’ didalangi Alvin Goh dan Addy Kana, orang kanannya.

Sprm1

Selebriti tersebut terdiri daripada pelawak, pelakon, penyanyi dan pengacara termasuklah seorang wanita yang merupakan bekas isteri kepada pelakon. Menurut sumber, mereka telah dipanggil termasuk seorang daripadanya buat kali kedua untuk membantu dan melengkapkan siastaan mengenai pengubahan wang haram.


“SPRM juga akan memanggil seorang lagi pengacara wanita selepas menemui bukti dan pembabitannya menerima dana daripada sindiket terbabit.”

“Mereka yang dipanggil semalam ada menjalankan perniagaan dan dipercayai mempunyai kaitan atau maklumat mengenai aktiviti ‘cuci duit’ didalangi Alvin Goh dan orang kanannya, Addy Kana hasil menjalankan kegiatan haram itu.”

Sprm3

“Siasatan awal SPRM mendapati mereka kemungkinan menerima dana daripada sindiket terbabit namun masih dalam siasatan. Jika siasatan mendapati ada menerima dana itu akaun dan aset mereka akan dibekukan bagi membantu siasatan.”

Baca: Macau Scam: 10 Lagi Artis, Selebriti Yang Juga Kawan Isteri Suspek Utama Akan Dipanggil SPRM

Sprm Macau

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.