in

Pernah Jadi Negara Yang Teruk Kes Jangkitan Covid-19, Itali Mula Bagi Kelonggaran Tak Pakai Pelitup Muka Mulai 28 Jun

Itali2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pada awal-awal musim wabak pandemik ini berlaku tahun lalu, Itali merupakan negara Eropah yang paling teruk melanda Covid-19. Namun sekarang, Kementerian Kesihatan di negara itu tidak lagi mewajibkan rakyat mereka memakai pelitup muka mulai 28 Jun ini.


Menteri Kesihatan Itali, Roberto Speranza menerusi kenyataan di Facebook, berkata perkara itu dilakukan di kawasan yang sudah dikategorikan sebagai kawasan ‘putih’ di bawah sistem klasifikasi bagi mengesan penyebaran pandemik itu.

Itali

Kata beliau lagi, ia merangkumi semua wilayah Itali kecuali Lembah Aosta di barat laut, negara itu. Lapor Berita Harian, pengumuman itu dibuat atas nasihat panel ilmiah Comitato Tecnico Scientifico (CTS), dan menasihatkan orang ramai memakai pelitup muka jika hadir perhimpunan sosial yang besar dan berisiko

Download

Menjelang 28 Jun ini, pakar kesihatan negara itu  telah meramalkan bawah seluruh Itali akan dikategorikan sebagai zon “putih”, ini kerana ia hanya mencatatkan hanya 21 kematian dan 495 kes baru dicatatkan di seluruh negara semalam.

Sejak awal tahun lalu, Itali  mencatatkan 127,291 kematian dan 4.25 juta kes positif COVID-19 dan setakat ini 16 juta daripada 60 juta penduduk Itali atau 30 peratus yang berusia lebih 12 tahun sudah menerima suntikan vaksin COVID-19.

 

Baca : “Tak masuk akal” – Artis Itali Ini Peroleh $18,300 Selepas Jual ‘Arca Halimunan’

1Artis

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.