in

“Pernah cekik, pukul anak” – Angelina Jolie Dakwa Brad Pitt ‘Kaki Dera’ Ketika Masih Bersama

Angelina Jolie Dera

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Industri lakonan Hollywood, tidak lekang dengan kontroversi dan gosip. Belum reda dengan ‘kepanasan’ berita vokalis kumpulan pop Maroon 5, Adam Levine yang dikatakan telah curang dengan isterinya yang sedang mengandung, hari ini kecoh pula mengenai selebriti A-List yang baru bercerai, Angelina Jolie dan Brad Pitt.



Angelina Jolie telah memfailkan aduan terhadap bekas suaminya Brad Pitt minggu ini, di mana dia telah menyifatkan bekas suaminya itu pernah melakukan kekasaran terhadapnya serta enam orang anaknya yang membawa kepada penceraian pasangan itu.

Cats 3

Pelakon utama filem Salt itu menyatakan kepada mahkamah, bekas suaminya itu melakukan perbuatan tersebut pada tahun 2016 ketika mereka berada di dalam pesawat peribadi yang sedang dalam perjalanan dari Perancis ke California.

“Pitt mencekik salah seorang anaknya dan memukul seorang lagi di bahagian muka, dia juga mengenggam kepala Jolie kemudian menggoncangnya.

Malah, dia juga telah menumpahkan bir ke atas Jolie dan menuang wain merah ke atas salah seorang anaknya.” dalam pemfailan itu.

Brad Pitt yang merupakan antara pelakon termahal Hollywood itu sebelum ini telah disiasat atas dakwaan tersebut tetapi tiada tindakan diambil, susulan insiden tersebut Angelina Jolie telah memfailkan penceraiaannya.

Sebagai info, tahun lepas pihak mahkamah telah memberikan hak penjagaan bersama untuk enam anak mereka yang terdiri daripada tiga anak kandung serta tiga lagi anak angkat, kepada kedua-dua mereka.

Sumber: New York Times

Baca: Penyanyi Maroon 5 Adam Levine Didakwa Curang, Siap Nak Namakan Anak Dengan Nama ‘Mistress’

Adam Levine

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.