in

Tiada Lagi Kerisauan Pada Bakal Jemaah Haji & Umrah, Arab Saudi Kini Iktiraf Vaksin Sinovac

Sinovac

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Berita baik bagi mereka yang merancang umtuk mengerjakan ibadah haji dan umrah! Kerajaan Arab Saudi semalam memaklumkan yang mereka sudah memasukkan Sinovac dalam senarai vaksin yang diterima bagi memasuki negara itu.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menerusi akaun Twitter berkata, orang ramai kini boleh menyampaikan berita gembira itu kepada ahli keluarga yang berniat untuk menunaikan ibadah haji dan umrah pada masa akan datang.

Sama-sama kita doakan urusan jemaah haji Malaysia yang diluluskan untuk menunaikan haji pada tahun ini dipermudahkan Allah SWT,” katanya.

Dalam pada itu, Zulkifli juga turut berkongsi pautan ke website Kementerian Arab Saudi untuk rujukan permohonan masuk ke negara itu di sini.

Selain itu, Arab Saudi kini mengiktiraf enam jenis vaksin lain bagi Covid-19 iaitu Pfizer-BioNTech, Moderna, AstraZeneca, Janssen, Sinopharm dan Sinovac.

Terdahulu, Kerajaan Arab Saudi dilaporkan membuat ketetapan hanya jemaah yang menerima vaksin jenis Pfizer dan AstraZeneca sahaja dibenar menunaikan haji sekali gus menimbulkan keresahan rakyat Malaysia yang menerima vaksin Sinovac.

Syukur Alhamdulillah berkat doa dan usaha semua. 

Baca: “Hanya yang terpilih” – Arab Saudi Tapis Kemasukan Jemaah Umrah

Arab Saudi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.