in

Permohonan i-Citra Dibuka Mulai Hari Ini, Kredit Ke Akaun Bulan Hadapan

Kwsp

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dibawah usia 55 tahun kini boleh memohon untuk pengeluaran i-Citra dalam satu pengumuman di Facebook Rasmi KWSP hari ini, tiga hari lebih awal daripada tarikh yang ditetapkan.


Melalui makluman berkenaan, orang ramai yang ingin membuat permohonan pengeluaran i-Citra ini boleh ke laman sesawang KWSP di sini.

Difahamkan, tempoh permohonan berkenaan bermula dari 12 Julai 2021 sehingga 30 September 2021.

213602538 10159290681748399 5174156129006270818 N

Untuk mereka yang ingin membuat permohonan atas talian, pihak KWSP menasihati supaya memastikan nombor telefon bimbit yang diberikan adalah sama dengan nombor telefon yang direkodkan oleh KWSP untuk tujuan penerimaan ‘one-time-password’ (OTP) selain perlu mempunyai akaun bank yang masih aktif untuk menerima bayaran tersebut.

Ahli yang layak boleh membuat permohonan pengeluaran simpanan KWSP melalui i-Citra sehingga RM5,000 dan ianya tertakluk kepada jumlah dalam akaun 1 dan 2.

Menerusi makluman berkenaan, dijangka pembayaran pertama i-Citra akan dikreditkan ke akaun bank pencarum bermula Ogos nanti.

Jumlah pengeluaran yang diluluskan nanti akan dibayar secara bulanan iaitu RM1,000 sebulan tertakluk kepada baki simpanan pencarum.

Untuk makluman, i-Citra diperkenalkan selaras dengan pengumuman Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) pada 28 Jun lalu oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin.

Sumber : KWSP

Baca : “Cash flow ok ke tak, elok ambik” – Ex-Banker Jelaskan Kenapa Kita Patut Ambil Moratorium

Mora2

Sumber: KWSP

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.