in

“Cash flow ok ke tak, elok ambik” – Ex-Banker Jelaskan Kenapa Kita Patut Ambil Moratorium

Mora2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

28 Jun lepas, kerajaan telah bersetuju untuk memberikan moratorium kepada semua golongan selama 6 bulan. Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Perdana Menteri Malaysa, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Pengumuman Khas Pakej (PEMULIH) pada hari tersebut.


Permohonan pengecualian bayaran balik pinjaman bank itu telah mula dibuka pada 2 hari lepas iaitu 7 Julai 2021.

Disebabkan itu, ramai yang ragu-ragu dengan jumlah faedah yang bakal mereka tanggung apabila tamat tempoh moratorium nanti. Disebabkan itu, sebagai bekas kakitangan bank, Mohd Shukur beri sedikit penjelasan dan nasihat kepada kita mengapa tawaran bantuan itu perlu diambil.

Ikuti penjelasannya di bawah ini.

 

“Nasihat saya tentang Moratorium”

Moratorium Pemulih 6 Bulan Tanpa Syarat

Katanya, pertama sekali pengecualian bayaran yang disediakan oleh pihak bank ini, nama kita tidak akan direkodkan dalam senarai CCRIS….

“Ada banyak juga kebaikan moratorium ini ( selepas ini diringkaskan..sebut mora) dan ternyata ianya tidaklah dimasukkan dalam Rescheduled & Restructure ( R&R ) dalam CCRIS.”

Dalam pada itu , Mohd Shukur memberikan penjelasan terhadap golongan-golongan yang layak ambil moratorium ini. Jadi, siapakah yang seeloknya kena ambik mora ni?

“Jika cash flow kau tak bagus, elok ambik. Jika cash flow OK dan kau handal “money make money” pun bagus ambik. Apa sangatlah interest terakru tu bagi orang yang boleh gandakan extra cashflow 6 bulan ni.”

Terakru = Pendapatan yangg sudah dihasilkan tetapi MASIH BELUM DITERIMA sehingga akhir tempoh perakaunan.

Ia sekaligus menjawab persoalan kepada mereka yang was-was nak ambil pakej bantuan yang diberikan oleh kerajaan ini.

 

“Jika kau ragu-ragu… nak ambik ke tak mora ni. Eloklah ambik”

Bank Negara Malaysia Bnm 3 Bnm.gov .My 0

Katanya lagi, orang kaya tak ragu-ragu, mereka sangat jelas tentang kedudukan kewangan mereka.

“Jika kau beli kereta mewah disebabkan kena jolok kat kawan-kawan dan sekarang terasa komitmen berat, elok ambik sebelum makin berat dan tumbang. Kalau sebulan 2K, so 6 bulan kau ada 12K untuk Cash Reserve kau.”

“Jika kau baru pindah rumah, siap renovate bagai penuh stylo dan kau beli petiais baru, dapur baru dan pelbagai kelengkapan rumah guna credit card sampai maksimum dan kau pening bayar minimum sahaja, elok kau ambik mora ni. Interest Credit Card tu 18% lagi teruk kena…guna mora untuk bayar baki credit card.

” Jika kau terfikir nak ambik Mora ni sebab saving kau takde langsung, Yes…kau sesuai ambik….so mora ni macam ‘cuti bayar loan kereta & rumah’ selama 6 bulan untuk buat saving.”

“Matlamat ialah peace of mind yang kau ada savings @ emergency fund. Kalau tak, kau dalam bahaya sebab saving yilek.”

Tidak dinafikan bahawa pakej ini adalah satu pakej yang tidak menyenangkan pihak bank, kerana perlu ada penangguhan bayaran sampai 6 bulan, tetapi ini adalah peluang sebaik mungkin buat kita.

 

“Jangan kau anggap Bank nak untung jer, kau pun untung. Mengambil Mora ini tidak bermakna kau tak bagus atau teruk.”

Tetapi Mohd Shukri menjelaskan bahawa ia cara kita  gunakan duit mora ni yang tentukan samada kita bagus atau tidak.

“Jika kau tengah sakit cash flow, dan jika tak yah bayar ansuran kereta dan rumah selama 6 bulan ni akan Okay sket, YES kau lah golongan sasaran dan mora ni penyelesaian masalah kau.”

“Ada yang kata jangan ambik mora untuk loan kereta, begini….jika cash flow kau cantik, betullah dia kata. Tapi jika cash flow tak cantik, elok ambik. Nanti kau stress, pening, dapat darah tinggi.”

 

Siapakah orang yang tak perlu ambik Mora? Dia tak terjejas sikit pun. Cash flow cun giler. Savings banyak.

Mohd Syukri berikan contoh-contoh golongan yang dimaksudkan. Boleh lah tengok andaikata korang tergolong macam ni?

“Rumah pun ada 3 bijik cash. Kereta ada 5 buah cash. Benda2 branded pun dia tak minat nak beli sebab orang tau dia terlebih dari mampu. Orang camni tak perlu ambik Mora. Buat semak. Amboiii.”

Selain itu, salah satu tanggapan orang ramai apabila ambil pakej mora ini adalah masalah tenmpoh pembayaran hutang yang terpaksa dilanjutkan.

“Macam mana kalau meninggal dunia, kesian anak bini tanggung hutang. Ini senang sahaja. Katakanlah mora kau sebulan R.M 5000 so 6 bulan ialah R.M 30,000.”

“Kau hanya perlu ambik takaful atau jika dah ambik, hanya tambahkan lagi Sum Covered 30,000 ribu sahaja. Alang-alang 30,000 baik kau genapkan 50,000 Perlindungan Takaful kau untuk keluarga tersayang.”

 

Mora ini tidak ada caj ‘interest atas interest’, tidak ada penalti, tidak ada R&R dalam CCRIS tetapi ianya ada interest terakru (accrued interest).

Bbazaar21 1024X535 1

Tidak dinafikan bahawa akan ada kos tambahan yang perlu ditanggung kerana mora ini, namun begitu, ia hanyalah faedah terakru sahaja.

“Kau mestilah bekerja lebih sedikit dan duit penjimatan mora mestilah digunakan dengan baik bukan untuk dibazirkan seperti membeli barangan bukan keperluan …contoh tukar handphone, tukar sofa dll.”

Nasihatnya, dengan pakej moratorium ini, gunakan wang yang sepatutnya kita ada sebaiknya. Bagi mereka yang tidak terjejas…

“Boleh simpan ditempat yang menghasilkan pulangan / dividen bertujuan sebagai emergency fund.Ini pilihan terbaik sekarang untuk mereka yang terjejas.”

“Juga siapa yang takde saving, sebab bahaya sekarang kalau apa-apa berlaku nanti seperti dibuang kerja dan lain-lain. Orang kaya dan yang tak terjejas apa pun, kau tak ambik pun takpe.”

Bagaimanapun, ini hanyalah pandangannya dan nasihat kepada kita, keputusannya bergantung di tangan masing-masing.

Apa pun keputusan kau buat, hanya kau yang tahu kedudukan sebenar kewangan kau. Bukan orang lain yang akan bayarkan bulan-bulan kereta dan rumah kau. Mesej saya jika dipermudahkan kepada sebaris ayat sempoi ialah :

TAKDE DUIT KAU PENING KEPALA,
ADA DUIT KAU HILANG PENING KEPALA.

Jika anda ingin dapatkan pautan untuk moratorium tanpa syarkat mengikut jenis bank, boleh ke post asal Mohd Shukri di bawah ini.

 

Baca : Permohonan Moratorium Dibuka Hari Ini & Akan Diluluskan Secara Automatik Tapi…

Mora

Sumber: iProperty

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.