in

“Permainan ‘Claw Machine’ Dikira Sebagai Judi” – Mufti Perlis

Untitled Design 2022 06 09T131036.823

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ada sesetengah pusat beli-belah yang mempunyai tempat permainan khas untuk kanak-kanak. Biasanya akan ada permainan seperti gelongsor atau jongkang-jongket kecil, kadangkala ada juga permainan yang memerlukan token seperti merry-go-round atau claw machine.

Mesti ramai yang mencuba nasib bermain claw machine, kan? 


Menurut Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin, perkara tersebut telah ditetapkan menerusi fatwa yang diperakukan dalam Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis pada 22 Mac 2021.

Whatsapp Image 2022 06 09 At 10.30.22 Am

Menurut mufti, perkara itu melibatkan pertaruhan melibatkan wang yang mana jika berjaya akan memperoleh ‘hadiah’ di dalam mesin tersebut dan jika gagal akan kerugian wang.

“la juga dilihat mempunyai unsur penipuan dan memperdayakan kanak-kanak untuk tujuan keuntungan.

Umat Islam di negeri Perlis hendaklah menjauhkan diri daripada terlibat dengan permainan pertaruhan di mesin seumpama itu kerana termasuk di dalam dosa besar,” katanya.

Selain itu, menurut Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin seorang muslim tidak boleh membantu menguruskan mesin perjudian berkenaan kerana ia termasuk memakan harta secara batil.

Boleh stop ye main claw machine…

Baca: “Sama ada jahil atau tak siuman” -Mufti Komen Isu ‘Makmum Kipas’, Gesa Jangan Hina Islam

Untitled Design 2022 06 09T130457.542

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.