in

Perginya Seorang Anak Seni, Mamat Khalid Meninggal Dunia

1Mk

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pengarah filem terkenal Malaysia, Mamat Khalid, telah menghembuskan nafas terakhirnya malam tadi akibat serangan jantung.



Khabar sedih itu dilaporkan oleh Astro Awani yang memetik hantaran rakan Allahyarham, Pyanhabib Rahman di Facebook milik beliau.

Screenshot 2021 10 24 At 8.08.01 Am

Mamat Khalid atau nama sebenarnya Mohamad bin Mohamad Khalid menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Slim River, Perak kira-kira jam 11.25 malam tadi.

Screenshot 2021 10 24 At 8.05.32 Am

Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Hafiz Nafiah berkata, Allahyarham pengsan di Sarang Art Hub Tanjung Malim sebelum dikejarkan ke Hospital Slim River dengan ambulans.

Pengarah filem komedi seram Zombie Kampung Pisang itu akan disemadikan di Ipoh hari ini.

Lobak Merah ingin mengucapkan salam takziah kepada keluarga Mamat Khalid. Kami mendoakan agar Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

Baca: Selit Scene Syaitan & Dalam Neraka, Netizen Dakwa Filem 18 Puasa Di Kg Pisang Permainkan Isu Agama

Screenshot 2021 10 24 At 8.05.19 Am

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.