in

Pergi Kerja Sambil Pakai Gelang Pink Lepas Balik Sabah, Lelaki Dipenjara 14 Hari & Denda RM1,000

Gelangpink

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Gra-gara pergi ke kerja sambil memakai gelang merah jambu, seorang juruteknik syarikat kejuruteraan swasta dipenjara 14 hari dan denda RM1,000 di Mahkamah Majistret Melaka, hari ini, apabila mengaku bersalah gagal mematuhi arahan menjalani kuarantin selepas pulang dari Kota Kinabalu, Sabah pada 29 September lalu.


Tertuduh, Md Syafrizan Salleh, 32, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Muhammad Nazrin Ali Rahim. Lapor Harian Metro.

Bapa kepada dua anak berusia 11 bulan dan 5 tahun itu didakwa atas kesalahan tidak mematuhi perintah sah dikeluarkan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia dengan tidak melakukan kuarantin kendiri seperti diarahkan.

Ttertuduh didakwa mengikut Seksyen 24 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dimana ia boleh dikenakan hukuman penjara dua tahun atau denda atau keduanya jika sabit kesalahan.

Md Syafrizan dalam pengakuannya memohon maaf kerana ‘terlepas pandang’ mengenai peraturan baharu dikuatkuasakan itu.

Bagaimanapun, Muhammad Nazrin dalam penghakimannya berkata, tertuduh tidak mempunyai alasan kukuh untuk melanggar perintah dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) walaupun prosedur operasi standard (SOP) dan undang-undang dikuatkuasakan sejak 18 Mac lalu.

Ekqoinpuyaeqkpe

Sebelum ini, polis ada menerima laporan daripada seorang wanita yang bekerja sebagai pegawai HR di sebuah syarikat kejuruteraan di Sungai Udang yang mendakwa seorang daripada pekerja lelaki pergi ke Kota Kinabalu, Sabah pada 26 September lalu untuk mengundi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Bagaimanapun, 6 hari kemudian pekerja terbabit tidak mematuhi SOPuntuk kuarantinkan diri selama 14 hari sebagaimana arahan dikeluarkan kerajaan.

Hasil siasatan mendapati, pekerja itu yang masih memakai gelang berwarna merah jambu hadir bekerja di syarikat terbabit, malah individu tersebut ada keluar membeli barang keperluan dalam tempoh kuarantin bermula 28 September hingga 11 Oktober.

 

Baca : Tak Beritahu Bos Kena Kuarantin, ‘Mat Despatch’ Pakai Gelang Pink Masuk Kerja Macam Biasa Sebelum Kantoi Polis

Pink

Sumber: Bernama

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.