in

Pergi Balai Polis Sebab Ditipu Peniaga Online, Tak Pasal-pasal Lelaki Kena Tahan Sebab Buat ‘Report’ Masa Pakai Gelang KKM

Gelangkkm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Adalah hak kita sebagai pembeli untuk melaporkan kepada pihak berkuasa jika rasa tertipu, namuan begitu kena lah bepada-pada, silap hari bulan, lain pula yang jadi macam kes pemuda umur 21 tahun ini.


Semalam (20 Oktober 2020), kira-kira jam 3.20 petang, dia datang ke Balai Polis Damansara untuk membuat laporan kerana dirinya tertipu oleh peniaga online dimana telefon bimbit yang baru sahaja dibeli itu tidak sama sepertimana yang dilihat dalam iklan.

 

Sengaja cari pasal kena tangkap

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Nik Ezanee Mohd Faisal, ketika membuat laporan, dia mengaku yang dia masih lagi menjalani tempoh kuarantin KKM dan menyembuyikan gelang kuarantin di bahagian atas lengan kirinya.

Walaubagaimanapun, pemuda tersebut telah ditahan dan diberi jaminan polis. Kes Disiasat di bawah Seksyen 269 Kanun Keseksaan kerana perbuatan cuai yang telah menyebabkan merebaknya jangkitan penyakit berbahaya kepada nyawa.

Ekz061Pu0Aaveha

Malah dia juga disiasat dibawah Seksyen 22(b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1999 kerana tidak mematuhi arahan Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia supaya menjalani kuarantin.

Ekz061Qu0Aar9

Sekiranya disabitkan kesalahan, boleh dihukum penjara selama tempoh hampir 2 tahun atau dikenakan denda atau kedua-duanya sekali.

Disebabkan itu, Polis Daerah Petaling Jaya memberi amaran kepada mereka yang dikenakan perintah kuarantin agar patuh kepada arahan KKM.

 

Baca : Pergi Kerja Sambil Pakai Gelang Pink Lepas Balik Sabah, Lelaki Dipenjara 14 Hari & Denda RM1,000

Capture 6 13

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.