in

“Perbarisan berdarah”- Kisah Lans Koperal Zamri, Tetap Tamatkan Istiadat Perbarisan Walaupun Lengan Lencun Darah Tertusuk Benet M16 Rakan

Featured 11

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

“Pada mulanya saya tidak rasa apa-apa, cuma tersentak ketika benet tercucuk lengan. Lama-kelamaan bila darah banyak keluar barulah rasa sengal-sengal.”


 

Itu yang dikongsikan Lans Koperal Zamri Md Soot, anggota Batalion Keenam Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) yang mengalami kecederaan sewaktu Majlis Istiadat Perbarisan Pertukaran Panji-Panji Rejimen pada Tahun 2008 yang turut dihadiri Almarhum Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah.

https://twitter.com/amadasan_/status/1158001229030494208

Mengimbas kembali kejadian katanya, ketika itu dia melakukan pergerakan rusuk senjata semasa mengarak panji rejimen yang baru bila secara tidak sengaja benet rakannya tertusuk ke lengan kirinya sedalam enam sentimeter.

Download 2

N Bleeding
Sumber: blog

 

Sanggup tahan sakit selama 2 jam, tak mahu ‘cacatkan’ istiadat perbarisan

Disebabkan itu, Zamri terpaksa tahan sakit selama kira-kira dua jam malah dia enggan keluar barisan walaupun disuruh atas sebab mahu menghabiskan perbarisan penuh istiadat di Stadium Darul Aman, Alor Setar pada Ogos 2008.

Sebagai seorang askar, saya juga kena bertahan dan tidak boleh cepat mengaku kalah sesuai dengan cogan kata ‘Berani Mati’ jadi saya tekad menghabiskan perbarisan,”

Malah Zamri tidak mahu mencacatkan istiadat tersebut hanya disebabkan kecederaan yang dialaminya itu, tambahan pula peluang untuk terlibat secara langsung dalam perbarisan merupakan peluang yang sukar diperoleh.

Tentera
Sumber : blog

Dia juga tidak mahu mensia-siakan latihan selama dua bulan yang dilakukan untuk perbarisan penuh istiadat berkenaan dengan hanya kecederaan tersebut.

“Semasa habiskan perbarisan itu, saya tidak fikirkan langsung tentang cedera, apa yang difikirkan lakukan perbarisan dengan sebaik mungkin tanpa cacat cela,”.

Difahamkan dikongsikan Lans Koperal Zamri Md Soot telah pun bersara dengan pangkat terakhir sebagai Pegawai Waran 1. Wallahualam.

Malah seragam yang dipakainya turut diletakkan di muzium untuk tontonan ramai.

2 6
Sumber: blog

 

Meskipun kisah ini sudah lama berlaku, diharap ia mampu mengangkat martabat angkatan tentera negara selain menyanjung tinggi semangat juang yang ditonjolkan perwira negara.

Baca : Majlis kahwin bulan depan& Askar Mati Lepas Buat Latihan Terjunan, Parachute Tak Buka Masa di Udara

Parachut

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.