Beberapa hari lepas, Liverpool telah dinobatkan sebagai juara Liga Perdana Inggeris (EPL) buat kali pertama selepas 30 tahun menunggu saat ini dengan penuh kesabaran.
Menurut BBC, lebih 2,000 penyokong The Reds telah berkumpul di sekitar Stadium Anfield untuk meraikan kejuaraan ini. Beberapa penyokong dilihat menyambutnya dengan bersorak dan menyalakan suar untuk meluahkan perasaan gembira mereka.
Liverpool pasukan berkelas dunia, namun mempunyai penyokong minda kelas bawahan?
Namun timbul pula isu kurang enak apabila tular beberapa keping gambar di media sosial melihatkan keadaan di sekitar perkarangan stadium yang dipenuhi dengan sampah sarap, hasil peninggalan penyokong kelab seteru Manchester United itu. Apa sudah jadi?
Anfield today 🙄🙄🙄#Liverpool #Liverpoolchampions #champions #Anfield #ynwa #thereds #weszlofm #PremierLeague #fpl #lfc #Liverpool19 #rubbish #bad pic.twitter.com/KTLNOpmqLF
— Michał Moch (@MichalMoch87) June 26, 2020
Situasi ini membuatkan Majlis Perbandaran Liverpool terpaksa menghantar beberapa lori dan para pekerja mereka untuk membersihkan sekitar perkarangan Stadium Anfield.
“Tolong kami dengan menyimpan sampah di tangan anda dan buang ia ke tempat yang sepatutnya”, luah wakil Majlis Perbandaran Liverpool.
Sambutan kejuaraan Liverpool di luar Stadium Anfield juga mendapat kecaman banyak pihak yang gusar dengan penularan wabak Covid-19 di England.
Berdasarkan video yang tersebar, tiada penjarakan sosial yang diamalkan oleh para penyokong meskipun negara tersebut merekodkan kes jangkitan kelima tertinggi di dunia.
These were the scenes outside Anfield as Liverpool fans celebrated becoming Premier League champions 🏆 pic.twitter.com/7yFvMP5ENR
— FootballJOE (@FootballJOE) June 26, 2020
Sumber: Liverpool Echo