Penyanyi popular Korea Selatan yang dikenali sebagai Rain atau nama sebenarnya Jung Ji-hoon baru-baru ini telah menghentikan seketika persembahannya di Singapura.
Tindakan itu telah dibuat oleh penyanyi yang popular dengan drama Korea Full House tersebut kerana dia mengatakan penonton persembahannya itu kaku dan diam, seakan tidak bergembira.
If you’re this quiet, we can’t have fun,” ujar Rain.
@mothershipsg Why ezit always the SG crowd🥀🥀🥀 #fyp #news #tiktoksg #sgnews #singapore
Artikel Berkaitan: Lagu ‘Jump’ Oleh Kumpulan Blackpink Antara Lagu Kegemaran Barack Obama Tahun 2025
Artikel Berkaitan: Kumpulan Blackpink Pecah Rekod, Jadi Artis Pertama Miliki 70 Juta Subscribers Di YouTube
Difahamkan, persembahan Rain itu adalah bersempena sambutan tahun baru di negara itu.
Meninjau ke ruangan komen, tindakan tersebut telah mencetuskan pelbagai reaksi daripada warganet di mana ada yang setuju dan ada juga yang tidak bersetuju.
Untuk pengetahuan semua, Rosé dari kumpulan K-Pop BLACKPINK juga pernah menegur penonton konsert kumpulan itu di Singapura kerana terlalu asyik merakam video menggunakan telefon pintar.

Sumber: TikTok Mothership SG
