in

Penunggang Motosikal Maut Digilis Lori, Lepas 1KM Baru Pemandu Perasan Ada Orang Bawah Kenderaan

Ft Accident

Betul la apabila berada di jalan raya kita kena sentiasa berhati-hati, silap sedikit  sahaja tiada siapa yang tahu pengakhirannya.

Namun, malang tak berbau bagi seorang lelaki yang baru berusia 20 tahun apabila dia disahkan meninggal dunia dalam satu kemalangan di Lebuhraya MMR2 berhampiran Taman Layang-Layang, Batu Caves semalam.

Kejadian yang berlaku pada jam 1 tengah hari menyebabkan mangsa Wong Chun Hung, maut di tempat kejadian, lapor Harian Metro.

Capture 1 6

Mangsa yang menunggang motorsikal jenis MZ Motorrad dipercayai melanggar lopak air di sebelah kiri sebelum kemalangan kata, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Zulkifly Yahya.

“Mangsa kemudian terbabas sebelum terjatuh ke lorong tengah jalan dan dilanggar sebuah lori.

“Akibat itu, mangsa tersepit di bawah lori terbabit dan meninggal dunia di lokasi,” 

Lebih menyedihkan lagi apabila mangsa juga diseret sejauh satu kilometer oleh pemandu lori yang tidak sedar akan kejadian itu.

Capture 2 2 1

Selepas dibunyikan hon oleh beberapa buah kenderaan, pemandu lori itu akhirnya memberhentikan kenderaannya, lapor World of Buzz.

Mangsa yang maut ditempat kejadian bagaimanapun telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat sebelum dituntut ahli keluarga.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” – Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Zulkifly Yahya

Siapa sangka perkara ini akan berlaku, jadi janganlah pula kita menunding jari kepada sesiapa pun…

Baca : Semata-mata Elak ‘Roadblock’- Pemandu Lawan Arus Sejauh 1.4KM Diakhiri Dengan Kemalangan

Capture 13 7

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook