in

Penjual Jeruk Kena ‘Sound’ Dengan Polis Sebab Halang Lalu Lintas

Polis Marah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tugas polis trafik adalah menjaga lalu lintas tidak kira sama ada tugas mengiringi ambulans, orang yang ternama atau mengawal lalu lintas semasa kemalangan berlaku.


Para pengguna jalan raya juga seharusnya bertimbang rasa dengan memudahkan urusan mereka dengan memberi laluan dan sebagainya.

Namun, berbeza dengan pengalaman yang terjadi kepada seorang polis trafik apabila ada individu yang ‘cuba’ untuk menolong pihak polis dengan mengarahkan semua kereta untuk ketepi.

Niat nak tolong tapi lain pula jadinya!

Video tersebut telah dikongsi di laman TikTok (@syahirluqman92) menunjukkan kejadian yang berlaku kepada seorang polis trafik yang dilihat menengking seorang penjual jeruk yang asalnya ingin membantu polis trafik tersebut.

https://www.tiktok.com/@syahirluqman92/video/7122115951390100763?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1

Salah tetap salah

Video tersebut menerangkan juga bahawa sebenarnya ia adalah satu perkara yang melanggar undang-undang sekiranya menjual atau menjaja di kawasan jalan raya dan boleh didenda atau dipenjara sekiranya disyaki salah.

“Mengatur atau mengawal lalu lintas juga bukan kerja sedara walaupun niat sedara nak membantu.”

Menurut pemilik video tersebut telah menyebut bahawa di bawah peraturan 10A (1)LN 166/59 adalah menjadi kesalahan sekiranya menjual barang atau makanan kepada pemandu kenderaan jalan raya atau di persimpangan jalan raya.

Netizen puji tindakan polis, ada juga yang pertikai

Netizen juga tidak lari memberi komen kepada kejadian tersebut. Ada antara mereka yang memuji tindakan polis tersebut demi menjaga keselamatan penjual jeruk dan kenderaan yang berada di persimpangan jalan tersebut.

Namun, ada yang mempertikaikan bahawa tindakan polis tersebut agak keterlaluan dan tidak patut dilakukan.

Screenshot 2022 07 20 At 12.40.51 Pm

Screenshot 2022 07 20 At 12.41.19 Pm

Bagi min, semua perkara yang berlaku ada sebab. Hanya kita sahaja mampu menilai dengan baik setiap perbuatan yang terjadi dalam hidup dan sekeliling kita.

Baca: Tular Gambar Kemalangan Maut Lelaki Tersepit Celah Tayar Myvi, Ini Kronologi Dari Polis

Screenshot 2022 07 20 At 12.47.36 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.