in

Peniaga Nasi Ayam Singapura Mengeluh, Kualiti Bakal Merosot Lepas Malaysia ‘Ban’ Bekalan Ayam Segar

ft nasi ayam singapura

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selama beberapa dekad, Singapura, telah bergantung satu per tiga daripada ayamnya yang telah diimport dari Malaysia.

Setiap bulan, kira-kira 3.6 juta kebanyakannya ayam hidup dieksport ke Singapura, kemudian disembelih dan disejukkan.


Namun begitu, minggu lepas Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan pengeksportan ayam diharamkan sehingga harga domestik dan pengeluaran stabil mulai 1 Jun, lapor FMT.

 

Krisis dunia faktor harga makin naik, stok kurang

Lapor CNN, insiden pencerobohan antara Rusia ke atas Ukraine, Covid-19 dan cuaca ekstrem semuanya menyumbang kepada kekurangan dan memaksa harga lebih tinggi.

Di Amerika Syarikat, Asia dan Afrika, kekurangan kentang telah menyebabkan restoran makanan segera kehabisan produk seperti kentang goreng dan kerepek.

Malah di Malaysia, kenaikan kos makanan telah menyebabkan harga ayam melonjak dalam beberapa bulan kebelakangan ini dan peruncit telah membuat catuan jualan sebagai langkah segera.

Chicken Farm Ayam Bernma

Dengan stok ayam hidup terakhir dari Malaysia tiba di Singapura untuk disembelih pada hari Selasa lepas (31 Mei 2022), negara itu kini sedang bersiap sedia menghadapi kekurangan bekalan yang boleh berlarutan selama berbulan-bulan.

 

Peniaga ayam tak cukup modal 

Ia sekaligus telah memberikan impak besar terhadap bekalan di Singapura dan secara tidak langsungnya membuatkan peniaga terkesan untuk raih pendapatan dan ada peniaga makanan bimbang dengan kualiti makanan mereka.

Pada masa ini, peniaga membayar $3 (RM 9.60) untuk seekor ayam, tetapi mereka menjangkakan harga akan melonjak apabila stok berkurangan dan harga itu tidak lama lagi boleh meningkat kepada $4-5 (RM12.79 – RM15.99) seekor.

Menurut sumber lagi, seorang peniaga yang dikenali dikenali sebagai Mohammad Jalehar pernah alami perkara lebih kurang sewaktu dia muda remaja pada 1990, dimana berlakunya amaran tentang kekurangan makanan dan air di Singapura.

220601230828 02 singapore chicken shortage exlarge 169

Kini, apabila umurnya sudah masuk 50-an, peniaga ayam di pasar basah di kawasan Bedok ini bimbang kejadian sama berulang lagi.

“Pembekal memberitahu kami agar bersedia untuk harga yang lebih tinggi. Satu ayam sekarang mungkin berharga satu dolar lebih, tetapi dari mana saya nak mendapat modal lebih untuk tampung beli 100 ekor ayam untuk dijual? Adakah pelanggan saya juga akan menerima kosnya?.”

Seorang lagi peniaga warga emas yang dikenali sebagai Ah Ho dan anaknya Thomas, 58 memberikan keluhan bahawa harga yang sedia ada sudah mahal.

“Perniagaan jual ayam kami sudah berbulan-bulan tersungkur jadi ia bukanlah sesuatu yang baru lagi bagi kami.”

Katanya, mereka telah kehabisan stok sampaikan pedal yang kurang laris pun telah habis dijual.

“Nasib kita kini di tangan pembekal dan berapa banyak mereka mahu menaikkan harga untuk memperoleh keuntungan,” kata Thomas.

Mereka yang telah berniaga selama lebih tiga dekad menyatakan bahawa kelangsungan hidup sentiasa sukar dan situasi ini telah membuatkan ia akan menjadi lebih sukar.

“Tiada siapa tahu apa yang akan berlaku pada bulan depan dan seterusnya akan berterusan nampak gaya, mungkin masa untuk kita campak tuala ni dan menutup kedai,” kata Thomas.

 

“Krisis Nasi Ayam”

Umumnya, Singapura cukup sinonim dengan hidangan nasi ayam mereka, disebabkan bekalan ayam kini terhad  peniaga makanan tersebut juga kini sedang bimbang.

Pemilik Nasi Ayam Hainan yang terkenal di sana mengatakan bahawa mereka akan terus menghidangkan nasi ayam, tetapi berhenti menghidangkan masakan ayam lain jika mereka tidak dapat mendapatkan daging segar.

220601230936 04 singapore chicken shortage exlarge 169

Seorang lagi peniaga nasi ayam yang juga terkenal di sana menyatakan bahawa,

“Rasalah sementara bekalan masih elok.”

Ketika ditemuduga wartawan, pemilik yang dikenali sebagai Madam Tong sedang sibuk menyiapkan hidangannya.

Walaupun penyelesaian sementara mungkin adalah dengan mengimport lebih banyak ayam sejuk beku dari negara seperti Thailand dan Brazil, ia bukanlah satu pilihan buat Madam Tong.

“Ayam beku? Awak harapkan kami masak nasi ayam guna ayam sejuk beku? Takkan sedap.”

Baca : Kalut Malaysia Henti Eksport Ayam, Rakyat Singapura Jual Produk ‘Limited Edition’ Hingga Cecah RM3.8 Juta 

ayam juta juta

Sumber: FMT
Sumber: CNN
Sumber: CNN

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.