in

Pengguna LRT & MRT Ini Baru Saja Didapati Positif Covid-19, Ini Maklumat Stesen Yang Telah Dilalui

Cover 22

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang wanita yang dikenali sebagai Claudia ada berkongsi ciapan berkenaan dirinya yang didapati positif Covid-19 selepas membuat ujian PCR.


Sebagai rakyat yang bertanggungjawab, dia ada berkongsikan lokasi yang pernah dilawati sebelum didapati positif.

E2Hszqfucae1O8J

Terang Claudia, dia ada menaiki LRT dari stesen Wangsa Maju ke Stesen Pasar Seni. Kemudian, dia juga ada menaiki MRT Pasar Seni ke MRT Semantan.

Untuk LRT Wangsa Maju yang dinaiki, Claudia menjelaskan dia memasuki pintu ketiga gerabak pada pukul 7 pagi.

Sambungnya lagi, pada mulanya dia didapati negatif selepas membuat ujian RTK Antigent. Namun, keputusan ujian PCR pula menunjukkan yang sebaliknya.

Buat anda yang ada menaiki LRT dan MRT pada waktu tersebut, dinasihatkan untuk membuat ujian PCR atau menjalankan kuarantin di rumah.

Kita jaga kita.

 

BACA: Adik Raja Thailand Lulus Vaksin Alternatif Lepas Rakyat Marah Kerajaan Terlalu Lambat

Cover 20

Sumber: Claudia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.