Adik Raja Thailand dilaporkan telah meluluskan vaksin Covid-19 import melalui institusi yang beliau biayai, selepas rakyat mula marah dan mempersoalkan kelewatan usaha kerajan dalam program vaksinasi.
Akademi Diraja Chulabhorn (CRA) Thailand adalah sebuah institusi penyelidikan diraja. Usaha ini adalah sebagai alternatif untuk membantu kerajaan berikutkan negara itu berhadapan kes tertinggi sejak April lalu.
Untuk rekod, pengumuman ini dibuat di Royal Gazette pada selasa lalu, dan ditandatangani oleh adik bongsu Raja Maha Vajiralongkorn, Puteri Chulabhorn.
Menurut setiausaha agung CRA, Nithi Mahanonda, ‘vaksin alternatif’ ini akan membantu kerajaan dalam melengkapkan kempen vaksinasi untuk menghentikan pendemik Covid-19 di Thailand.
“Akademi ini secara beransur-ansur akan mengurangkan pembelian vaksin alternatif, setelah pengedarannya dianggap mencukupi,”
Berdasarkan sumber, jenama vaksin yang akan dibawa masuk adalah Sinopharm dan akan diluluskan untuk penggunaan kecemasan pada minggu ini.
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kesihatan Awam, Anuttin Charnvirakul berkata, beliau tidak mengetahui tentang perintah diraja itu.
Katanya dalam satu kenyataan, usaha CRA akan diteliti terlebih dahulu agar tidak bertindih dengan usaha Kementerian Kesihatan Awam.
Sumber: The Stars, Sinar Harian
BACA: Pantas & Mudah, Penduduk Di Bangkok Boleh Daftar Vaksin Di Kedai Serbaneka 7-Eleven Je