in

Pengguna Bengang ‘Line’ Celcom Sering Bermasalah, Desak SKMM Jalankan Siasatan

Featured Celcom Final

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam merupakan detik sulit bagi pengguna Celcom apabila rangkaian telekomunikasi tersebut mengalami masalah perkhidmatan data dan suara di seluruh negara selama hampir 3 jam!


Dalam tempoh tersebut, pengguna bukan sahaja tidak dapat melayari Internet, malah ada yang hanya boleh menggunakan ’emergency call’ untuk membuat panggilan.

Celcom telah mengeluarkan notis mengenai masalah ini di akaun Twitter rasminya pada Ahad, 4.30 petang. Dalam ciapan ringkas itu, Celcom mengatakan bahawa punca berlaku disebabkan isu teknikal dan mereka sedang berusaha untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Celcom Bengang 1 Sekali

Ciapan tersebut mendapat lebih daripada 5,000 retweets daripada netizen yang rata-rata bengang dengan masalah ini kerana ini bukanlah kali pertama rangkaian telekomunikasi ini mempunyai masalah teknikal.

 

Inform next year la next time – Netizen

 

Celcom Bengang 1 2

Celcom Bengang 3

Rata-rata netizen meluahkan rasa marah gara-gara pihak Celcom lambat memberi notis berkaitan masalah teknikal yang berlaku ini.

Dalam pada itu, pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) juga ada memuatnaik notis berkaitan masalah ini di akaun Facebook rasminya.

Celcom Fb 1

Rata-rata netizen turut mendesak pihak SKMM untuk menyiasat syarikat telekomunikasi Celcom berkaitan masalah jaringan Internet ini yang kerap berlaku walaupun sudah berkali-kali aduan dibuat.

 

Apa tindakan SKMM? – Netizen

Celcom Fb 1 Sekali 2

“Kalau tak kerap kami tak kisah pun. Ni kerap” – Netizen

 

Celcom Fb 2 1

Celcom Fb 3

Walau bagaimanapun, jaringan Celcom telah kembali pulih seperti biasa selepas 3 jam mengalami masalah teknikal.

Apa-apa pun, kita doakan pihak yang terlibat dapat menyelesaikan isu ini supaya tak berlaku lagi pada masa akan datang. 

Baca: Baru di cabut liputan internet bukannya nyawa: Umobile Bagi Sindiran Sinis Bila Customer Complaint?

Umobile

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.