Dunia dikejutkan dengan insiden keganasan saban hari. Selepas serangan berdarah Christchurch, kemudian tragedi letupan di Sri Lanka terhadap empat hotel dan tiga gereja di situ. Ini menjadikan rata-rata masyarakat membangkitkan isu anti-Islam ataupun Islamophobia. Mereka menjadi takut dan benci dengan Muslim dan menganggap orang Islam ialah pengganas.
Dan yang terbaru, sebuah sekolah di Pennsylavnia membuat satu “shooting safety drill” dengan mempamerkan seorang guru berpakaian seperti orang Arab dengan serban. Menurut pihak berkenaan, ia adalah sebahagian daripada “kostum”, bukan mewakili mana-mana budaya atau agama. Menurut akaun Twitter @Lexialex, dia mengecam sepenuhnya dengan mengatakan ia adalah tindakan yang bodoh dan bukan sahaja racist.

hjkk
Pengganas bukan macam ni
Apa perasan korang bila dilabel pengganas? Sudah tentu korang tak kan senang duduk. Dan yang paling penting mestilah korang rasa tak adil sebab dilabel mengikut streotype. Ini tweet yang dikecam teruk tu. cuba korang tengok sendiri


Tak pernah ada seorang Arab pun menembak sekolah. Ini bukan sahaja racist, tetapi bodoh. Semua rupa pengganas yang menembak sekolah sebelum ini kelihatan seperti Orang Putih Totok. Ini lah yang dinamakan sifat perkauman yang bodoh.-Lexi Alexander “



bjk
Siapalah yang punya idea untuk buat aktiviti macam ni? Dapat persetujuan ke? Ke pepandai buat sendiri? Rajin pulak dia pergi beli serban kepala tu, ingat pertandingan kostum “dress-up” ke? Jadi, hentikan semua aktiviti yang membuatkan orang berprasangka buruk terhadap sesuatu budaya atau agama. Semua agama mengajak kepada membuat baik, yang tak baik tu datangnya daripada individu tersebut. Sebelum buat sesuatu, fikir dulu kesannya. Ayuh, sebarkan keamanan!
hjhj