in

Pengarah Hospital Tarik Balik Larangan Guna ‘Food Delivery’ Lepas Dikecam Ramai

Collage 30

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau korang perasan, baru-baru ini tular satu memo dalaman yang dikeluarkan di Hospital Sungai Buloh melarang menggunakan khidmat penghantaran makanan secara dalam talian untuk kakitangan dan pesakit di sana.


Memo bertarikh 9 Ogos itu menerangkan, selepas mesyuarat Ketua-ketua Jabatan Hospital Sungai Buloh dibuat pada selasa lalu, mereka bersetuju untuk menguatkuasakan larangan ini ekoran terdapat laporan dan aduan tentang peningkatan sisa makanan dan sampah sarap yang tidak terurus dan gangguan makhluk perosak yang telah menjejaskan kebersihan.

Namun begitu, Pengarah Hospital Sungai Buloh Dr. Kuldip Kaur Prem Singh telah mengeluarkan kenyataan media mengatakan bahawa pihak pengurusan telah pun menarik balik semua larangan yang ditetapkan berkuat-kuasa serta merta.

Penarikan balik ini dibuat selepas memo ini tular di media sosial, ramai netizen telah meluahkan rasa tak setuju dan simpati ke atas kakitangan hospital yang terpaksa bekerja sehingga lewat malam dan sukar untuk keluar mencari makanan.

Semalam, Ahli Parlimen Bandar Kuching turut mempersoalkan mengenai memo yang tular ini dengan memanggil tindakan tersebut sebagai “tidak logik” dan “tidak adil”.

Dr Kelvin Yii mengatakan beliau mendapat tahu tujuan memo ini dikeluarkan adalah untuk melindungi kafeteria hospital.

Pengarah Hospital Sungai Buloh bagaimanapun menegaskan bahawa pihaknya akan terus komited dan prihatin dengan keperluan, kebajikan dan kesejahteraan kakitangan serta pesakit di hospital.

 

Baca: Pengarah Kesihatan Sahkan Penggunaan Katil ICU Di Hospital Sungai Buloh Cecah 96%

Page 16

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.