in

Pengarah Kesihatan Sahkan Penggunaan Katil ICU Di Hospital Sungai Buloh Cecah 96%

Page 16

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hari demi hari, kes penularan Covid-19 di Malaysia semakin membimbangkan. Lebih-lebih lagi apabila tular satu kenyataan berkenaan gelombang kedua yang dijangka bakal berlaku bulan depan.


Sehubungan dengan itu, Pengarah Kesihatan Selangor, Dato’ Indera Dr. Sha’ri bin Ngadiman terpanggil untuk membuat satu kenyataan berkenaan situasi semasa Covid-19 dan penggunaan fasiliti hospital kerajaan di Selangor.

1 13

Menurut beliau, kenaikan kes di Hospital Sungai Buloh adalah disebabkan ia satu-satunya hospital yang berstatus ‘full Covid-19’ di Selangor. Oleh itu, hospital tersebut menerima lebih banyak pesakit lain untuk memberi ruang kepada hospital lain menyediakan kemudahan ICU bagi kes bukan Covid.

Jabatan Kesihatan Selangor menegaskan bahawa dalam tempoh dua minggu lepas, jumlah kes harian baharu di negeri itu adalah di antara 1,300 hingga 1,500 kes.

Walau bagaimanapun, hanya 1.5 hingga 2% daripada kes-kes tersebut dalam Kategori 3, Kategori 4 dan Kategori 5.

2 6

Dr Sha’ri dalam kenyataan itu turut melaporkan 92% katil tidak kritikal untuk pesakit Covid-19 telah digunakan di hospital awam di seluruh Selangor. Manakala bilangan katil ICU dan ICU yang digunakan semula di negeri ini, termasuk pesakit Covid-19 dan bukan Covid-19, berjumlah 203 katil atau 80%.

Sehingga 8 pagi 18 November 2021, bilangan katil ICU di Hospital Sungai Buloh adalah sebanyak 54 buah katil (96% penggunaan)”

Sebagai langkah persediaan untuk menghadapi lebih banyak kemasukan pesakit, Sistem Gas Oksigen di Pusat Kawalan Kusta Negara dilaporkan telah ditambah baik untuk digunakan untuk merawat pesakit Covid-19.

Beliau turut menambah bahawa Hospital Sungai Buloh akan turut disokong oleh hospital lain di kawasan Lembah Klang.

Walaupun kita sekarang ni bebas bergerak ke mana-mana saja, harus diingatkan yang kita belum sepenuhnya menang, okay? Oleh itu, jaga diri dan patuhilah SOP yang ditetapkan.

Sumber: Twitter BFM News

Baca: “Pusat Covid sedang buat persediaan” – Doktor Beri Amaran Gelombang Baru Covid-19 Dijangka Berlaku Bulan Depan

1 5 3

Sumber: RACGP

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.