in

Pengantin Lelaki Balas Dendam Tayang Video Seks Pengantin Perempuan Dengan Abang Ipar Sewaktu Majlis Kahwin

Wefa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menyambut majlis perkahwinan dengan dilihat oleh semua para tetamu yang hadir boleh dikatakan sebagai momen yang berharga untuk para pengantin dimana ia boleh disimpan sehingga ke akhir hayat. Tambahan pula, majlis resepsi perkahwinan ni dibuat sekali seumur hidup sahaja oleh kebanyakan orang.


Namun, berbeza dengan situasi yang berlaku kepada sepasang pengantin yang menghadapi insiden gelap atau tidak diingini berlaku semasa majlis perkahwinan berlangsung di China.

Video seks ditayang di skrin besar

Tular di media negara China mengenai sepasang pengantin yang dilihat sedang berada di atas pentas untuk membuat ucapan menemui titik pahit apabila video seks pengantin perempuan tersebut ditayangkan di skrin besar semasa acara berlangsung.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku di wilayah Fujian, China yang disaksikan oleh ramai tetamu seperti kawan dan keluarga. Video tersebut memparkan aksi hubungan intim pengantin perempuan itu bersama abang iparnya di dalam sebuah bilik berdasarkan video yang tersebar.

Screenshot 2022 08 12 At 4.01.30 Pm

\

Screenshot 2022 08 12 At 4.01.20 Pm

Rupanya pengantin lelaki nak balas dendam

Menurut Daily Star, rupa-rupanya perkara tersebut telah dirancang awal oleh pengantin lelaki itu sendiri kerana dia ingin membalas dendam terhadap isterinya yang dikatakan telah curang dengan berhubungan bersama abang iparnya secara langsung.

Di dalam video tersebut dilihat pengantin lelaki itu telah menolak pengantin perempuan tersebut sesudah video itu dimainkan. Dibalas oleh perempuan tersebut dengan membaling sejambak bunga yang dipegang olehnya.

Situasi bertukar cemas apabila video tersebut dimainkan dan dilihat juga para tetamu meluru ke pentas untuk meredakan kedua-dua pasangan itu.

“Jadi kamu fikir saya tidak tahu tentang ini?”

Screenshot 2022 08 12 At 4.01.12 Pm

Dapat perhatian netizen di China

Video yang dikongsi secara meluas di media sosial China telah mengundang pelbagai reaksi netizen.

Ia terus mencetuskan perdebatan besar di China dan ada juga netizen yang memuji tindakan lelaki tersebut kerana itu sahaja cara yang terbaik untuk ajar orang yang curang terhadap pasangan masing-masing.

“Dia telah menyimpan rahsia ini sepanjang masa dan menunggu saat yang tepat.”

Kepercayaan terhadap pasangan sangatlah penting untuk mengekalkan hubungan yang sihat. Harap para pasangan dapat menjaga diri daripada benda-benda sebegini.

Baca: Konsep Estetik Tidak Menjadi, Asap Tebal Umpama Jerebu Sukarkan Pengantin Berjalan

Screenshot 2022 08 12 At 3.58.05 Pm

 

Sumber: Portal
Sumber: Portal
Sumber: Portal
Sumber: Portal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.