in

Konsep Estetik Tidak Menjadi, Asap Tebal Umpama Jerebu Sukarkan Pengantin Berjalan

Cats 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hari perkahwinan adalah hari yang paling ditunggu-tunggu oleh para pengantin. Pada hari istimewa ini, pengantin akan dilayan seperti raja sehari, dan bersanding di atas pelamin sambil ditonton oleh para pengunjung.


Untuk majlis perkahwinan pula, banyak tema dan konsep yang boleh diaplikasikan. Sebagai contoh, tema klasik, moden dan macam-macam lagi.

Tema di awangan?

Baru-baru ini, sebuah video majlis perkahwinan di Indonesia tular dan menarik perhatian ramai. Seperti majlis perkahwinan biasa, video tersebut memperlihatkan pasangan pengantin sedang berjalan ke arah pelamin di atas pentas. Namun, sesuatu yang menarik telah terjadi dan menarik perhatian ramai.

2

Mungkin mahu kelihatan estetik dan unik, seorang individu yang dipercayai pekerja di majlis perkahwinan tersebut telah mengeluarkan asap dengan menggunakan sebuah mesin.

Bagaimanapun, lain pula yang terjadi apabila asap yang dikeluarkan terlalu tebal sehingga menyukarkan pandangan pasangan pengantin. Turut kelihatan pengantin yang teragak-agak untuk berjalan kerana tidak nampak apa yang berada di atas laluan ke pelamin.

@csit.br4n_30

konsepnya bagus ?

♬ suara asli – Dosen IPDN – Piet Hein Pusung

Warganet terhibur

Hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata warganet terhibur dengan majlis perkahwinan yang berlangsung di Indonesia ini.

Ada yang memuji konsep yang cuba dibawa oleh pihak majlis kerana ia bakal membuatkan suasana dan gambar yang diambil kelihatan estetik, namun asap yang terlalu tebal telah merosakkan suasana majlis tersebut.

“Tengah fogging ke ni? Tebal betul asap…”, tulis seorang warganet yang menyamakan asap tersebut dengan asap semburan nyamuk.

Bagaimanapun, asap tebal tersebut tidak mengganggu kelancaran majlis perkahwinan. Di akhir video, pasangan pengantin dilihat berjaya tiba ke pelamin tanpa apa-apa kecederaan.

BACA: Selipar Jepun Sebagai Mahar, Pasangan Indonesia Ini Selamat Bernikah. Mudah Dan Jimat!

Cats 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.