Pelbagai berita yang kita dengar saban hari tentang kes bunuh diri. Rata-rata mereka yang mengalami kemurungan kadangkala memilih untuk menamatkan riwayat hidup dan mencederakan diri sendiri kerana tidak tahan menghadapi beban masalah.
Menurut MStar, seorang penganggur di Kota Kinbalu bertindak memotong lidahnya sendiri dan mengugut untuk terjun dari sebuah bangunan kerana tidak tahan akan bebelan ibu bapanya.
Tindakannya yang ingin terjun dari tingkat dua bangunan di Alamesra berjaya dihalang oleh sepupunya kira-kira jam 11 pagi pada hari Rabu lepas.
Melihatkan keadaannya yang parah, sepupunya kemudian menelefon ambulans dan lelaki tersebut menerima tujuh jahitan di lidah. Tulah lain kali jangan cederakan diri. Diri sendiri juga yang menanggung sakitnya.
Menurut pihak polis, lelaki itu tertekan dengan ibu bapanya yang menganggap dirinya tidak bertanggungjawab. Lelaki tersebut juga dilihat berkelakuan aneh dan resah seminggu sebelum kejadian berlaku.
“Dia tidak mahu berkongsi masalahnya dengan sesiapa dan kadang-kadang didengar bercakap dengan diri sendiri,” ujar Ketua Polis Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M.Chandra.
Polis telah pun merampas sebilah pisau dapur berukuran 10 inci yang digunakan lelaki itu untuk memotong lidahnya.
Kes itu kini disiasat atas cubaan membunuh diri dan jika disabit kesalahan ianya boleh membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda. Lain kali fikir dulu sebelum bertindak…
Jika anda mengalami kemurungan, jangan teragak-agak untuk kongsikan masalah anda kepada sesiapa. Jangan pendam dalam hati okay?
Baca: Pelajar Sekolah di Bagai Serai Cuba Bunuh Dir, Mahu Terjun Dari Tangki Air Kerana Histeria