in

“Penerbangan terakhir untuk tahun ni” – Pramugari Dirogol 11 Lelaki Sebelum Dibunuh Di Malam Tahun Baru

Ft Pramugari Final

Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai kematian seorang pramugari dari Filipina yang ditemui tidak bernyawa di sebuah bilik hotel pada hari tahun baru, 1 Januari 2021.

Mangsa yang dikenali sebagai Christine Angelica Dacera, 23, dari bandar General Santos telah pergi menyambut malam tahun baru bersama rakan-rakannya.

Pramugari Gambar

Pramugari Hotel

Dia ditemui tidak sedarkan diri di dalam tub mandi di sebuah bilik hotel di Makati, Filipina yang menjadi tempat dia bersama rakan-rakannya itu menyambut ambang Tahun Baru 2021.

Pada awalnya, mangsa telah dilihat berada di dalam tab mandi tersebut pada malamnya. Namun, rakannya itu menyangkakan dia sekadar tidur dan hanya meletakkan selimut di atas badannya.

Setelah menyedari mangsa tidak sedarkan diri, rakan-rakannya kemudian membawa Christine dengan bantuan kakitangan hotel ke hospital berdekatan. Hasil pemeriksaan mendapati mangsa telah pun meninggal dunia.

Memetik laporan The Sun, Ketua Polis Bandar Makati, Kolonel Harold Depositar, telah bertindak untuk menahan 11 lelaki yang merupakan individu terakhir bersama Christine pada waktu kejadian. Kesemua mereka dikenakan tuduhan merogol dan membunuh selepas mayat pramugari itu dijumpai di dalam bilik hotel berkenaan.

Polis kini sedang menunggu hasil laporan bedah siasat dan toksikologi untuk menentukan tindakan selanjutnya terhadap 11 suspek tersebut.

Apa yang lebih mengejutkan, 3 daripada 11 suspek itu merupakan rakan kepada Christine, manakala yang selebihya pula adalah kawan kepada 3 orang rakan Cristine dan merupakan individu yang tidak dikenalinya.

Hanya tiga daripada mereka adalah kawan Dacera. 

Penahanan keatas kesemua suspek dilakukan setelah terdapat kesan koyakan dan air mani ditemui pada kemaluan mangsa. Bukan itu sahaja, tubuh badannya juga turut dipenuhi dengan kesan cakaran dan lebam-lebam.

Pada 28 Disember 2020 yang lalu, Christine ada memuat naik foto terakhirnya di laman Instagramnya yang menunjukkan dirinya memakai sut PPE sambil bersandar di pintu pesawat bersama caption,

Penerbangan terakhir untuk tahun ini. 

Pramugari Gambar 1

Salah takziah untuk keluarga mangsa. Jadi pengajaran supaya jangan mudah percaya dengan kawan-kawan okay. 

Baca: “Sepatutnya gembira untuk graduasinya” – Remaja Maut, Alat Sulit Hancur Lepas Dirogol Beramai-Ramai Kawan Sendiri

Baca Rogol

Sumber: The Sun
Sumber: The Sun
Sumber: Instagram