in

“Penerangan sangat baik” – Cara Wanita Cina Ini ‘Review’ Van Jenazah Dapat Pujian Netizen

Lisa Review Van Jenazah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ia sudah menjadi suatu kebiasaan untuk kita lihat salesman atau influencer buat video review berkenaan kereta yang mereka pakai atau jual. Biasanya kereta tu mestilah keluaran baru ataupun kereta sport yang menjadi idaman ramai.


Tapi korang pernah nampak tak video orang review kenderaan seperti van jenazah di media sosial?

Haa inilah kelainan yang ditampilkan oleh pengguna TikTok bernama @lisa.toyota apabila dia memuat naik video review berkenaan van jenazah berbumbung tinggi.

 

“Suatu hari kita akan naik juga” 

Menerusi video tersebut, Lisa yang merupakan seorang saleswoman telah memberi penerangan mengenai van jenazah berbumbung tinggi keluaran Toyota yang dijualnya.

Penjelasan Lisa itu dilihat sangat jelas apabila dia menunjukkan kesemua perkara penting yang ada di dalam van tersebut termasuklah kemudahan yang tersedia seperti dua buah alat pemadam api yang ada di dalam kenderaan itu.

Namun antara kata-kata Lisa yang buat netizen agak tersentuh apabila dia mengatakan…

Di sini ada aircond, wow best kan? Eh best? Best jugalah. Suatu hari nanti kita pun akan naik juga kan,” katanya.

@lisa.toyota

Van Jenazah bumbung tinggi ?? #hiacemalaysia #toyotaipoh #toyotamalaysia #tribe769 #sahabatbosskay #legacysahabattiktok #FeelTheHIITSubwayMY

♬ Pretty song that imaged a sleeping baby – Azuline

 

“First time aku tengok orang review van jenazah” 

Penjelasan yang diberikan Lisa berkaitan van jenazah tersebut telah menarik perhatian netizen yang suka dengan cara dia menerangkannya.

Ramai yang memuji Lisa menerangkan hal tersebut dengan ringkas dan jelas serta mudah difahami ramai.

Lisa Komen Van Jenazah

Ramailah yang nak beli kereta dengan Lisa lepas ni kan?

Baca: Orang Ramai Sebak Tengok Deretan Van Jenazah Dipercayai Bawa Korban Covid-19 Ke Tanah Perkuburan

Sebak

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.