in

Orang Ramai Sebak Tengok Deretan Van Jenazah Dipercayai Bawa Korban Covid-19 Ke Tanah Perkuburan

1Jenazah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Keadaan pandemik Covid-19 di Malaysia sangat membimbangkan. Beberapa hari lepas, negara kita mencatatkan bilangan kes harian tertinggi dengan 13,215 kes dalam sehari.



Dengan 12,541 kes harian baharu semalam, jumlah kes kematian juga melepasi angka 100. Banyak mangsa yang terkorban kerana pandemik ini.

Ada satu video yang min nak share dengan korang kali ni berkenaan kes kematian Covid-19 dalam negara. Satu video yang dikongsi @bernamadotcom dipercayai deretan van jenazah membawa korban Covid-19 ke Tanah Perkuburan Seksyen 21, Shah Alam. Korang boleh tengok video yang min cakap tu kat bawah ni.

 

Takziah

Ramai warga net yang turut merasa sebak selepas tengok video ni. Mana tidaknya, kalau dah satu van bawa satu jenazah, maknanya ramai lah yang akan dikebumikan malam tadi. Itu baru satu tempat, belum tanah perkuburan lain lagi.

Screenshot 2021 07 17 At 11.23.29 AmMin pun sebak tengok video ni. Walaupun takde keluarga atau kenalan min yang terlibat, tapi kita sebagai manusia mestilah sensitif bila melibatkan kematian kan. 

Screenshot 2021 07 17 At 11.23.44 AmAllahu… semoga tabah dengan ujian yang diberikan. Min doakan juga untuk korang yang ada keluarga menjadi korban Covid-19 untuk sentiasa tabah dengan dugaan ini.

Screenshot 2021 07 17 At 11.24.15 AmAmiinnn…. semoga semua jenazah yang terkorban akibat Covid-19 ditempatkan dalam kalangan orang beriman. 

Min mewakili team Lobak Merah mengucapkan takziah kepada ahli keluarga yang kehilangan orang tersayang akibat wabak ini.

 

Baca: “Peritnya tuhan saja tahu” – [Video] Keluarga Menangis Tak Dapat Tengok Jenazah Van Diperlahankan Untuk Penghormatan Terakhir

Screenshot 2021 07 17 At 11.24.57 Am

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.