in

“Penduduk berebut nak parking” – Penganjur Festival Makanan Dikritik Buat ‘Event’ Berdekatan Kawasan Rumah

food festival dikritik penduduk jalan sesak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Aneka hidangan dengan pelbagai rupa dan rasa membuatkan pesta atau festival makanan kini menjadi tumpuan ramai pengunjung.

Ditambah pula dengan trend makanan viral, orang ramai sanggup bersesak dan beratur panjang semata-mata tidak mahu melepaskan peluang menikmatinya.


Pun begitu, sebuah festival makanan yang diadakan di Setapak, Kuala Lumpur baru-baru ini telah menjadi sorotan netizen gara-gara pemilihan kawasan yang dianggap tidak strategik dan menyusahkan penduduk sekitar.

Di ruangan komen Instagram penganjur festival makanan tersebut, rata-rata netizen mengkritik lokasi yang digunakan penganjur sehingga menyebabkan penduduk sendiri sukar melakukan urusan harian.

Artikel berkaitan: “Lagi mahal dari mall” – Netizen Bengang Peniaga Cas Mahal Harga Makanan Di ‘Food Festival’

Artikel berkaitan: “FOMO ke memang lapar?” – Netizen Pertikai Orang Ramai Sanggup Beratur Demi Mi Segera Harga RM15

Difahamkan, festival makanan itu diadakan di kawasan parkir pusat niaga Sama Square. Namun, apa yang menjadi isu apabila lokasi itu berdekatan dengan kawasan perumahan bertingkat sehingga menyebabkan timbul masalah kekurangan parkir.

Screenshot 2025 01 10 120254 Screenshot 2025 01 10 120306 Screenshot 2025 01 10 120333

Bukan itu sahaja, jalan raya juga menjadi sesak dengan kereta dari penduduk sekitar dan pengunjung seperti yang dikongsikan dalam video tular ini.

@azreljamaluddin

♬ original sound – Azrel Jamaluddin – Azrel Jamaluddin

MP Setiawangsa terima aduan

Sementara itu, Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad memberitahu telah menerima banyak aduan berhubung isu tersebut.

Beliau memaklumkan pihaknya akan melakukan tindakan susulan dengan pihak berkuasa untuk menyelesaikannya.

Screenshot 2025 01 10 104633

Harap isu ni dapat diselesaikan secepat mungkin. Kesian kepada penduduk…

Sumber: Instagram, TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.