in

Pendedahan Kembar Siam Hanya Terima Satu Gaji Sebulan Undang Kemarahan Ramai

cover 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pendedahan sepasang kembar siam dari Punjab, India berkenaan mereka hanya menerima satu gaji sebulan semasa bekerja sebagai kakitangan awam ternyata mengejutkan ramai pihak.

Dalam satu temu bual bersama seorang penerbit filem dokumentari, Ruhi Cenet, pasangan kembar berusia 19 tahun itu berkata mereka hanya dibayar sebanyak RM1,079 dalam sebulan. Jelas Sohna dan Mohna Singh, mereka hanya dibayar satu gaji memandangkan badan mereka bercantum.


1 7

Pada tahun lepas, pasangan kembar ini mendakwa mereka dibayar dua gaji berasingan dalam satu kenyataan. Bagaimanapun, pendedahan terkini mendapati ia adalah sebaliknya.

Sohna dan Mohna bekerja sebagai juruelektrik di syarikat Punjab State Power Corporation Limited sejak Disember lalu. Difahamkan, mereka bekerja syif selama 12 jam.

2022 1largeimg 1150766827

Pendedahan pasangan kembar siam ini ternyata mengejutkan ramai pihak yang menganggap ia adalah tidak adil buat mereka.

“Satu gaji untuk dua orang? Ini membuatkan saya marah,” kata seorang individu.

Sohna dan Mohna mempunyai dua jantung, buah pinggang dan saraf tunjang, serta dua pasang lengan, tetapi berkongsi hati, pundi hempedu, kaki dan limpa. Mereka dilahirkan pada bulan Jun 2003 di Hospital Sucheta Kriplani di New Delhi.

Dalam satu kenyataan lain, pasangan kembar itu mengucapkan terima kasih kepada institusi Pingalwara kerana telah membesarkan mereka, mendidik dan membantu mereka menjadi berdikari.

Kredit: Kosmo

BACA: Pelik Bin Ajaib, Remaja Lahir Bayi Kembar Berlainan Bapa Di Brazil

COVER 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.