Seorang pendakwah muda yang dikenali sebagai Gus Elham Yahya Luqman atau lebih dikenali sebagai Gus Elham mencuri tumpuan orang ramai selepas video yang memaparkan dirinya mencium beberapa budak perempuan dalam keadaan tidak senonoh semasa sesi pengajian agama tular.
Video tersebut memperlihatkan Gus Elham memeluk seorang budak perempuan dan menghisap pipinya dan ia sekaligus membuatkan netizen rasa kurang senang dan mengundang kemarahan hebat daripada masyarakat.
Artikel berkaitan : Pendakwah Selebriti Lakukan Amang S*ksual Yang Didedah Nurul Izzah Sudah Didakwa
Artikel berkaitan : Tular Konon Bekas Isteri Engku Emran Jadi Isteri Ketiga Pendakwah Terkenal, Rupa-rupanya…
Cium pipi & mulut
Dia juga dilihat mencium pipi dan mulut beberapa budak perempuan lain. Berikutan dengan kontroversi tersebut, Gus Elham tampil mohon maaf secara terbuka dan mengakui kesilapannya.
“Saya dengan tulus memohon maaf kepada seluruh masyarakat atas penularan video tersebut yang menimbulkan kekecohan.”

“Saya mengakui bahawa ia adalah kesilapan dan kekhilafan peribadi saya.”
Dalam pada itu, Timbalan Menteri Hal Ehwal Agama Indonesia, Muhammad Syafii menegaskan bahawa tindakan itu tidak wajar dan tidak mencerminkan akhlak seorang pendakwah.
Beliau juga menekankan pentingnya pengawasan dan teladan baik dalam ruang keagamaan awam malah beliau turut memaklumkan bahawa pihak kementeriannya akan memperkukuh pemantauan terhadap aktiviti keagamaan bagi mengelakkan kejadian sama berulang.
Sumber : mStar Online
