in

Penceramah Bebas Berdepan Penjara 190 Tahun Tuduhan Rogol & Amang Seksual Budak 14 Tahun

Penceramah Bebas Amang Seskual 1

Gangguan seksual atau amang seksual merupakan satu tingkah laku yang jelik, memalukan atau menakutkan. Ia boleh berlaku dalam bentuk tulisan, percakapan atau fizikal secara bersemuka atau atas talian.

Baru-baru ini, seorang penceramah bebas berhadapan dengan hukuman penjara selama 190 tahun apabila dia didakwa diatas tuduhan rogol, amang seksual serta hubungan seks dengan objek antara Jun 2021 hingga Februari tahun ini di sekitar bandar Puncak Alam.

Menurut laporan Kosmo!, tertuduh Muhammad Fathi Na’im Mazlam yang berusia 30 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Syafeera Mohd. Said.

Penceramah yang mempunyai tiga orang isteri dan lapan orang anak itu didakwa atas tujuh tuduhan merogol seorang remaja perempuan yang kini berusia 14 tahun mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan.

Whatsapp Image 2022 11 29 At 12.20.32 Pm

Selain itu, lelaki berkenaan turut menghadapi tuduhan amang seksual ke atas mangsa sama di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan kedua-dua seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, sekiranya disabitkan kesalahan.

Muhammad Fathi juga dituduh melakukan perhubungan seks dengan objek ke atas mangsa sama mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan dan seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun hingga 30 tahun serta sebatan.

Difahamkan, tertuduh melakukan perbuatan keji itu dalam sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Vellfire di kawasan parkir, hadapan sebuah surau serta dalam sebuah hotel di Bandar Puncak Alam antara Jun 2021 dan Februari tahun ini.

Timbalan Pendakwa Raya, Ku Hayati Ku Haron yang juga Pengarah Pendakwaan Selangor menawarkan jaminan RM10,000 bagi setiap pertuduhan selain dilarang mendekati dan menghubungi mangsa secara fizikal atau komunikasi lain.

Pun begitu, peguam Samry Masri memohon jaminan dikurangkan berikutan anak guamnya memerlukan perbelanjaan bagi rawatan penyakit slip disc (tulang rawan tergelincir).

“Anak guam saya mempunyai tiga isteri dan lapan anak berusia setahun hingga 11 tahun yang memerlukan perhatian daripada tertuduh. Selain itu, dia turut menanggung ibu bapanya berusia 66 dan 68 tahun.

“Sebelum ditangkap pekerjaan utamanya adalah penceramah bebas. Namun, selepas kes viral telah menyebabkan kehilangan punca pendapatan.” katanya.

Mahkamah menetapkan jaminan RM40,000 bersama seorang penjamin dan melaporkan diri di balai polis setiap awal bulan serta tidak mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan, sebutan semula kes pada 10 Januari depan.

Baca: Kecoh Program Pendakwah Didakwa ‘Keturunan Nabi Muhammad’ Dibatalkan, Rupanya Ini Yang Berlaku...

Program Libat Keturunan Nabi Muhammad Dibatalkan Sebab

Sumber: Kosmo!