in

Lord Voldemort TAKKAN BERJAYA Bunuh Harry Potter! Ini 5 Teori ‘Paling Masuk Akal’ Jelaskan Kenapa

Feat 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi pengikut setia siri Harry Potter mesti kecut perut setiap kali nampak aksi pertarungan Harry Potter dengan Lord Voldemort atau juga dikenali sebagai You-Know-Who.


Voldemort sememangnya ditakuti oleh para ahli sihir malah diakui kekuatan yang dimiliki oleh figura ini, namun persoalannya kenapa sehingga kini dia masih belum berupaya untuk membunuh Harry Potter?

 

Ini 5 teori ‘paling masuk akal’ bagi menjawab persoalan korang

#1 Core tongkat sihir yang sama

Ingat lagi tak momen Harry Potter pergi ke Ollivanders untuk membeli tongkat? Waktu itu tongkat tersebut sendiri yang memilih Harry sebagai pemilik.

1 11

Mr Ollivander ada nyatakan pada waktu itu yang core tongkat tersebut sama dengan tongkat sihir dimiliki Lord Voldemort.

Teori kat sini ialah, tongkat Harry dan Voldemort mempunyai nilai kekuatan dan kelemahan yang sama. Sebab itu Voldemort beria-ria inginkan Elder Wand kerana kuasa pada tongkat itu.

 

#2 Sacrifial Protection

Teori lain ialah Harry Potter masih mempunyai sisa Sacrificial Protection yang ditinggalkan ibunya, Lily sewaktu dia kecil.

Main Qimg 6D8Af07588B2D9687730D8Ab6E20C6F8

Sacrificial inilah yang menggagalkan rancangan Voldemort untuk bunuh Harry Potter walaupun menggunakan Killing Curse pada pertama kali dia berjumpa Harry.

Sebab Killing Curse hanya boleh ditewaskan dengan Sacrificial Protection iaitu kuasa Cinta dan Kasih.

 

#3 Harry Potter ialah salah satu Horcrux Voldemort

Sedar atau tak, ketika Lily dibunuh oleh Voldemort, sedikit kuasa sihir figura jahat itu telah dipantulkan semula sekaligus memberikan jiwa kepada Harry sehingga menjadi Horcrux.

So disebabkan itu, apa sahaja sihir yang dikenakan Lord Voldemort ke atas Harry Potter tidak akan memberi sebarang kesan kerana ia seakan membunuh jiwanya sendiri.

 

#4 Harry ialah Master of Death

Harry Potter Deathly Hallows Part 1 Key

Mungkin ramai yang tak tahu yang Harry memiliki ketiga-tiga komponen Deathly Hallows iaitu The Elder Wand, Resurrection Stone dan The Cloak of Invisibility.

Justeru, individu yang menjadi Master of Death merupakan seorang yang immortal atau mempunyai kehidupan yang abadi.

 

#5 Darah Harry Potter mengalir dalam tubuh You-Know-Who

Ini merupakan teori paling terkenal dalam kalangan peminat siri Harry Potter.

Voldemort Wb F8 Voldemortsqueezingharrysface Still 080615 Land

Kalau korang tengok Harry Potter and Order Of Pheonix, Voldemort dihidupkan kembali melalui ‘Regeneration Potion’ yang dihasilkan melalui 3 benda iaitu :

  • Bone of The Father
  • Flesh of The Servant
  • Blood of The Foe

Dua benda diatas ada, bagaimanapun Blood of The Foe sebaliknya. Justeru itu Peter Pettigrew kelar tangan Harry Potter dan ambil darahnya.

Disebabkan itu darah Harry Potter mengalir dalam Lord Voldemort. Jadi susahlah Voldemort untuk membunuh Harry Potter.

 

Sumber : thepatriot.asia

 

Bagaimanapun itu hanyalah sekadar teori semata-mata

Baca : “Teringin ah nak pergi Perak” – Raih 11.5k Retweets, Wanita Ini Kongsi Tempat Makan Best Kat Ipoh

Baca 17

Sumber: metro.co.uk
Sumber: Quora
Sumber: EA

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.